Thursday, June 17, 2010

CUTI-CUTI DI KELANTAN






Alhamdulillah pada 9 hingga 12 Jun 2010 yang lalu, saya dan isteri berkesempatan bercuti di Kelantan. Kami berpeluang membeli belah di Rantau Panjang dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Saya juga membawa isteri melawat Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri. Sudah 8 tahun saya meninggalkan bumi tarbiyyah Nilam Puri. Banyak ilmu yang telah saya timba sepanjang berada di bumi Nilam Puri. Pada setiap pagi Jumaat, saya bersama-sama rakan-rakan akan mengikuti kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semasa perjalanan pulang dari Rantau Panjang, kami singgah sebentar di Masjid Beijing. Masjid ini begitu unik kerana reka bentuknya seperti tokong Cina. Reka bentuk masjid ini menggambarkan keindahan Islam. Agama Islam bersifat universal iaitu untuk semua bangsa dan kaum. Islam bukan khusus untuk bangsa tertentu sahaja.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz 'Adni kerana telah bersusah payah menempah hotel untuk saya dan isteri.