Friday, March 12, 2010

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARKAT (OPKIM)

Insyaallah esok Sabtu, 13Mac akan diadakan program Operasi Khidmat Masyarakat di Kg Sungai Lumut anjuran Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching.Program akan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan bengkel solat untuk murid sekolah rendah dan pertandingan mewarna untuk murid pra sekolah. Mereka akan berehat untuk minum pagi pada pukul 10.30 pagi. Program akan bersambung semula pada pukul 11 pagi dengan motivasi keibubapaan yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Yusof. Sebahagian daripada kaum ibu akan bergotong royong menyediakan makan tengahari. Selepas itu semua hadirin akan bersolat zohor berjemaah dan makan tengahari. Acara kemuncak adalah ziarah dakwah ke rumah-rumah fakir miskin. Seramai 20 fakir miskin akan menerima sumbangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, minyak dan milo. Mereka juga akan mendapat pakaian terpakai yang masih elok hasil sumbangan Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya.
Sumbangan ini adalah kutipan derma ikhlas daripada orang ramai. Saya sahaja berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sejumlah RM330. Kepada semua penyumbang semoga Allah memberkati sumbangan ikhlas anda dan rezeki anda semua dimurahkan oleh Allah Taala