Wednesday, October 14, 2009

PROGRAM EKSPLORASI HAJI











Alhamdulillah akhirnya perancangan melaksanakan Program Eksplorasi Haji terlaksana dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak. Program ini telah diadadakan pada 10 Oktober 2009 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Guru Agama dan pegawai daripada Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak. Peserta adalah daripada kalangan pelajar muslim Tingkatan 4 & 5 serta guru-guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang.








Friday, October 2, 2009

TAFSIR AL -QURAN PERKATA





Kita baru sahaja menyambut hari kemenangan Idul Fitri setelah berjaya melawan hawa nafsu. Dalam bulan Ramadhan yang lepas kita telah bertadarus dan membaca Al-Quran. Ayuh tingkatkan lagi momentum Ramadhan dengan memahami isi kandungan Al-Quran.
Sesiapa berminat boleh menghubungi saya 013-3789411 untuk mendapatkan tafsir Al-Quran Perkata susunan Dr Ahmad Hatta cetakan Pustaka Maghfirah. Jadikannya sebagai pelaburan akhirat anda. Harga hanya RM150

MUKJIZAT AL-QURAN


Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan menjadi ibadah apabila membacanya. Al-Quran diturunkan secara keseluruhan 30 juzuk pada 17 Ramadhan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Penurunan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad adalah secara berperingkat-peringkat yang mengambil masa selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah Mukarramah dan 10 tahun di Madinah Munawwarah mengikut situasi dan peristiwa tertentu.

Fakulti Sains Teknologi Sumber, UNIMAS telah menganjurkan forum bertajuk “ Sains pada perspektif Islam” bertempat di Dewan Kuliah 1, FSTS pada 12 September 2009, Sabtu yang lepas. Seramai 3 orang ahli panel telah dijemput untuk membincangkan tajuk ini sempena dengan sambutan Nuzul Quran. 3 orang ahli panel tersebut adalah saya, Prof Dr Hamsawi, Saudara Zulhelmi dan dipengerusikan oleh En Hisham, Pensyarah Falkuti Kejuruteraan, UNIMAS.

Pada pusingan pertama, saya menyatakan sains merupakan ilmu Allah yang disepatutnya apabila mempelajarinya akan bertambah keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Selain itu, Ust Afnan juga menegaskan integrasi ilmu antara ilmu agama dan ilmu sains adalah sangat penting bagi membentuk insan yang mulia.

Selepas itu pada pusingan kedua, saya membicarakan pula tentang ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan tentang sains. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan dan turutkanlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

Dalam ayat 69 secara jelas Allah menggunakan perkataan kuli,fasluki dan rabbiki yang semuanya ditujukan kepada lebah betina. Ini menunjukkan bahawa lebah betinalah yang membuat sarang dan menghasilkan madu. Kebenaran ayat Al-Quran ini telah dibuktikan oleh kajian saintifik. Dalam entimologi lebah, sebuah koloni lebah terdiri daripada 3 jenis iaitu maharani yang menghasilkan telur, ribuan lebah betina yang mandul dan beratus-ratus ekor lebah jantan. Lebah jantan mempunyai kebolehan mengumpul pollen dan juga manisan tumbuh-tumbuhan. Manisan ini dikumpulkan dan disimpan dalam bahagian saluran makanan yang dinamakan sebagai ”perut madu”. Polen-polen pula dimampatkan menjadi untilan-untilan kecil dan diletakkan di kaki belakang. Kemudian lebah jantan akan memindahan manisan ini ke dalam mulut lebah betina. Lebah betina akan bertindak mencampurkan manisan tadi dengan enzim-enzim daripada air liur dan akan mengakibatkan perubahan secara kimia gula yang terdapat di dalam manisan iaitu dengan mengejat air yang berlebihan daripada 90% kandungan air kepada hanya 20% kandungan air. Maka dengan itu terjadilah madu.

Dalam surah Al-Ankabut ayat 41 pula, Allah berfirman yang bermaksud : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. dan Sesungguhnya sarang yang paling lemah adalah sarang labah-labah jikalau mereka mengetahui.
Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan ittakhazat yang juga ditujukan kepada labah-labah betina. Justeru kita dapat memahami bahawa yang membuat sesawang adalah labah-labah betina. Perkara itu telah terbukti benar hasil kajian para saintis di seluruh dunia. Menurut kajian saintis,labah-labah betina adalah 10 kali bahkan terdapat yang bersaiz 1000 kali lebih besar daripada labah-labah jantan. Labah-labah betina membuat sesawang besar yang dikenali orb untuk memerangkap mangsanya manakala labah jantan tidak membuat orb. Masya-Allah satu lagi bukti tentang kehebatan Al-Quran.

Selain itu menurut Al-Quran juga, semut mengeluarkan bunyi ataupun suara. Dalam ayat 19 surah An-Naml, Allah berfirman yang bermaksud : Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan Nabi Sulaiman berdoa: "Ya Tuhanku berikanlah aku ilham untuk aku tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah Aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".

Perkara ini terbukti kebenarannya hasil kajian pakar entomologi masa kini. Mereka mendapati semut berkomunikasi dengan menggunakan bahan phermone dan juga menggunakan suara. Suara semut yang menunjukkan keadaan bahaya, meminta tolong dan keadaan normal dapat dikesan oleh penyelidik. Kajian tentang suara semut dalam pelbagai situasi dilakukan oleh Robert Hickling daripada National Center for Physical Aoustics, University of Missipi Satete. Bunyi- bunyi tersebut dapat didengar menerusi lawan web http ://home.olemiss.edu/%7Ehickling.

Al-Quran juga menegaskan ubun-ubun manusia sebagai tapak pendustaan. Allah berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15 dan 16 : Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya kami(Allah) akan menarik ubun-ubunnya iaitu ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.

Perkara ini terbukti kebenarannya hasil kajian yang dibuat kepada orang yang bercakap benar dan berbohong. Kajian yang dibuat dengan menggunakan pengimijan yang menggunakan getaran magnetik bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak ketika seseorang berbohong tetapi alat itu juga dapat mengesan aktiviti-aktiviti ubun-ubun orang yang sedang berbohong.

Selain itu Allah juga menerangkan tentang penentuan jantina seseorang bayi adalah daripada sperma lelaki. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surah An-Najm ayat 45 dan 46 yang bermaksud : Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita. Dari air mani, apabila dipancarkan.

Perkataan tumma yang bermaksud memancarkan menunjukkan jantina bayi ditentukan oleh lelaki kerana air mani lelaki sifatnya memancar. Perkara ini diakui benar oleh saintis kerana dalam badan manusia terdapat kromosom seks iaitu bagi perempuan adalah XX dan bagi lelaki adalah XY. Dalam proses persenyawaan, satu ovum yang hanya mengandungi kromosom seks X akan disenyawakan oleh sperma yang membawa samada kromosom seks X ataupun kromosom seks Y. Sekiranya ovum disenyawakan oleh sperma yang mengandungi kromosom seks X, maka jantina bayi ialah perempuan tetapi sekiranya ia disenyawakan oleh kromosom seks Y, maka jantina bayi tersebut adalah lelaki.

Subhanallah hebatnya Al-Quran. Perkara-perkara diatas hanya diketahui oleh sainstis pada zaman moden ini setelah mereka melakukan kajian tetapi perkara-perkara tersebut telah diterangkan oleh Allah 1400 tahun yang lalu. Al-Quran bukan buku sains tetapi inilah mukjizat Al-Quran yang begitu hebat.

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran berkaitan sains namun disebabkan masa sudah lewat maka semua ahli panel bersetuju sains sepatutnya dieja dengan sign yang bermaksud tanda iaitu tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah. Justeru marilah kita membaca, memahami, mengkaji, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.





Thursday, September 3, 2009

DAKWAH DAN ZIARAH DI MIRI


Alhamdulillah saya dapat berdakwah di bumi Miri. Tujuan saya pergi ke Miri untuk menjayakan Forum Ramadhan dan Kemerdekaan pada 31 ogos. Namun saya mengambil peluang pergi lebih awal kerana saya sedang bercuti penggal persekolahan. Dakwah di Miri bermula dengan tazkirah antara terawih di IKBN pada 29 & 30 Ogos, kuliah subuh di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri pada pagi 30 Ogos. Pada sebelah siangnya saya bersama isteri dan ditemani rakan baik, Nik Syazmizi sekeluarga berjalan-jalan sekitar Bandar Miri. Semoga perjalanan selama 3 hari 2 malam mendatangkan manfaat kepada diri yang serba kekurangan ini.

Saturday, August 1, 2009

HUKUM BERMAIN GOLF


Assalamualaikum. Maaf, lama menyepi kerana sibuk dengan tugasan di sekolah serta amanah sebagai pendakwah.

Untuk tatapan semua saya masukkan fatwa bermain golf yang saya ambil daripada blog Prof Dr Kamil, Pengarah Uitm Johor.


Akhirnya, saya menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri Johor berkaitan dengan permainan golf. Lalu saya sampaikan kepada golfer UiTM Johor dan sahabat-sahabat. Saya katakan kepada mereka:


“Majlis Fatwa Negeri Johor telah menghantar salinan minit mesyuarat mereka kepada saya berkaitan dengan permainan golf. Saya mahu tuan-tuan membaca dengan hati yang terbuka, berfikir dan ambillah keputusan sendiri. Masa untuk kita hidup sebenarnya tersangat singkat.


Saya tidak menafikan yang golf adalah satu permainan terbaik yang pernah dicipta oleh manusia.
Bagi mereka yang sudah menunaikan fardhu haji, saya berdoa supaya melihat fatwa ini sebagai sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berbaloikah untuk kita meneruskan sesuatu yang kelihatan sebagai dosa besar yang dilakukan secara berterusan?


Sebagai seorang yang pernah mengajak tuan-tuan berkecimpung dalam permainan ini, saya bertanggungjawab untuk menyampaikan pandangan ini.


Mudah-mudahan Allah memudahkan kehidupan kita di dunia dan akhirat”.
Minit tersebut bertulis Jawi. Puan Sham [PA saya] merumikan tulisan tersebut bagi memudahkan pembaca-pembaca yang buta atau merangkak jawi.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA KALI KE 192 BIL. 11/2008MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHORTARIKH: 3 MUHARRAM 1430H BERSAMAAN 31 DISEMBER 2008
4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA
4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf(JMJ.351/05/(ML)/6)
4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka JawatankuasaFatwa mengambil keputusan seperti berikut:

Berhubung dengan permainan Pool yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yang ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yang mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian walaupun jumlahnya sedikit.


Manakala permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat atau seumpamanya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram.
Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dengan taubat nasuha dengan segera.


Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Tidak ada unsur perjudian. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:
a) Sama ada ia suatu permainan yang menggunakan wang taruhan daripada peserta, ataub) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yang menang akan memperolehi sesuatu daripada yang kalah, atauc) Sesuatu bentuk permianan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, ataud) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yang akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sesuatu pertandingan, ataue) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua kebarangkalian (risiko) yakni sama ada mendapat keuntungan ataupun kerugian. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta-peserta lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yang dikeluarkan.


Perhatian: Di zaman sekarang pertaruhan dikutip melalui cara yang kadang-kadang tidak disedari oleh para peserta pertandingan. Antaranya ialah dengan menggunakan istilah-istilah lain seperti: “Wang Penyertaan”, “Yuran Pertandingan” dan sebagainya kecuali wang penyertaan itu digunakan untuk pengurusan bukan hadiah. Atau kadangkala ianya dikutip secara tidak langsung, seperti melalui bayaran panggilan telefon yang digunakan bagi peserta yang berminat untuk menyertai sesuatu pertandingan.


Didalam semua keadaan diatas, jika pada hakikatnya hadiah yang disediakan adalah dari sumber yang dikeluarkan oleh peserta, maka ianya adalah dikira sebagai suatu perjudian.


2. Permainan golf itu tidak menghalang daripada mengingati Allah dan menunaikan Solat.

3. Tiada unsur yang dilarang dan dibenci oleh syarak, seperti disebabkan permainan golf akan menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.

4. Tidak membuang masa dengan permainan golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.

5. Tidak membiasakan diri dengannya sehingga sampai ke tahap ketagih.

6. Tidak ada unsur pembaziran.


Semua jenis permainan dan pertandingan, walaupun melibatkan hadiah, adalah harus dan dibenarkan apabila ianya memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Permainan dan pertandingan tidak menyalahi mana-mana prinsip syarak.

ii. Permainan dan pertandingan itu boleh membawa kepada manfaat dan faedah tertentu yang digalakkan oleh syarak, misalnya untuk merapatkan hubungan persaudaraan didalam masyarakat, keluarga dan sebagainya.

iii. Permainan dan pertandingan itu tidak membawa kepada kelekaan, Maksudnya ianya tidak menjadi penyebab kepada cuainya seseorang didalam menjalankan tanggungjawab asasi sebagai Hamba Allah, Pekerja, Ketua Keluarga dan lain-lain.

iv. Permainan dan pertandingan itu tidak bertentangan dengan kepentingan dan keperluan seseorang. Misalnya orang miskin yang sibuk bermain golf.

v. Hadiah kepada peserta yang menang disediakan oleh pihak ketiga (penaja).


Wallahualam Bisawab

Wednesday, May 27, 2009

AYUH BANGUNLAH WAHAI USTAZ


Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..Alhamdulillah. Seinfiniti pujian dirafaq sembah kepada Tuan punya dunia dan segala isinya. Selawat dan Salam didedikasikan buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah, Walhamdulillah, Summa Alhamdulillah..Bersyukur pada Allah Taala, hari ni berakhirlah pertempuran saya buat semester ini bagi menggapai segulung Ijazah dunia. Yang mana jika rezeki saya bersama ijazah itu, ia merupakan pintu dakwah yang saya harus gunakan dengan sebaiknya. Pendidik adalah pendakwah. Pendidik, pengajar, guru, Ustaz, Tok Guru, Sensei, cikgu atau apa sahaja yang semaksud dengannya adalah pendakwah. Yang bakal menjalankan serta meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh para Rasul.

Astaghfirullah…Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya, jaga hati saya. Perkara yang hendak dibicarakan ini barangkali terkena pada orang agama seperti saya. Saya juga pohon Allah hindarkan sikap riak dan ujub dari membenih pada diri sendiri. Perihal orang agama adalah perkara pokok yang hendak diperbincangkan.LANGKAH MULASaya mula menjadi fasilitator untuk program2 motivasi mahupun khemah ibadah ketika saya berada di tingkatan 2, Maktab Mahmud, saya masih ingat tempat pertama saya ditaklifkan untuk bertugas, Masjid Sungai Nonang, Mukim Tebengau. Dan perkara tersebut saya terus lakukan hinggalah sekarang. Dan saya bukan lagi fasilitator sepenuh masa dalam setiap program seperti dulu. Saya cuba ubah. W’alam samada cabaran ataupun saranan. Abg Zulazwan (Amir Badan Dakwah Maahad) pernah berkata pada saya“Nta sampai bila nak jadi fasi.. Takkan sampai tua berumur pun masih nak jadi fasi? Orang dah tak panggil abang fasi dah, depa panggil pak cik fasi nanti”

Ternyata, nadanya bergurau dan saya langsung tidak berfikir mengenainya. Saya tingkatan enam ketika itu. Ketika itu dalam otak hanya nak hadir program. Tak kisah di mana. Pernah ke Langkawi dengan duit poket sendiri demi menguruskan program untuk adik-adik Maahad Mahmud Cawangan Langkawi. Baling, Sik, Padang Terap. Hampir satu Kedah saya dan rakan setarbiah dah jelajah. Saya masih tak berfikir tentang satu hal.Bilamana dah sampai ke Sarawak. Negeri ini kurang subur dengan program sedemikian. Dua tahun pertama saya merana. Tidak ada program. Tidak ada tarbiah yang saya mahukan. Hanya ada usrah kecilan. Bermula tahun 2007 saya mula bergerak sendiri. Hasil beberapa perkenalan. Ust S menjemput saya berceramah di sekolah zaujahnya. Sekolah asrama penih. Ceramah Maulidurrasul. Saya membuat persediaan. Slaid dicipta. Stail Sir Azman dan kreatifnya cikgu sukarno menjadi ikutan. Bila dah sampai di sekolah tersebut. Allah. Hadirinnya +/- 800 orang murid. Campur non muslim dan muslim.“Nak cerita hal Nabi macam mana ni??” Getus saya.“Nta buat slaid untuk muslim saja ke? Sekolah ini muridnya campur”, jawab Ust S.Beberapa penambahbaikkan dan pemurnian di buat dan Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar. Dan selepas itulah saya mula bergerak di bumi Sarawak ni.
Setiap kali program. Timbul persoalan yang sama. Persoalan yang sama.SAYA KECEWAPeserta yang dah dimuhasabahkan, yang dah dipulihkan, yang dah disedarkan. Ke mana mereka selepas ini? Mereka kurang ilmu agama. Mereka tak pandai solat. Mandi wajib tak betul dan bermacam-macam lagi. Saya tidak pandai Fiqh. Ya, saya seorang ustaz. Ustaz Maktab macam saya orang panggil ustaz pedagogi. Barangkali saya saja yang belajar Maktab yang tak pandai agama sangat kot.Saya hanya mampu berceramah Isu Remaja, Isu Palestine, Isu semasa. Bahas ilmiah, bahas agama, saya tak pandai. Cuma, takkanlah masyarakat yang disedarkan,Budak sekolah yang di sedarkan, hanya nak tahu ilmu tu. Mereka perlu di ajar lagi. Saya juga perlu belajar. Saya banyak yang lemah. Baca Quran masih berterabur. Bila saya fikirkan perkara ni. Masyarakat perlukan ustaz “muktabar” untuk rawat mereka.Namun bila lihat sebahagian besar ustaz dan ustazah yang ada.. Saya ulang SEBAHAGIAN BESAR.. SAYA KECEWA. Bukan calang-calang, balik Jordan, Balik Mesir, keluar UIA, UKM dan macam-macam lagi. Saya kecewa. Saya kecewa.

Saya kagum pada sebahagian KECIL ustaz-ustaz yang berusaha berdiri di medan dakwah yang berduri ini. Namun kecewa pada yang lain. Yang balik Mesir hanya main Futsal pada hujung minggu, Yang balik Jordan sibuk dengan urusan dunia, yang balik itu yang balik ini tak jaga aurat dan pergaulan. Ya, saya tidak hina mahasiswa mesir mahupun yang lain. Antum orang hebat. Saya bukan hebat. Namun inilah reality ustaz-ustaz yang ada. Bahkan kalau ada perempuan lalu. Ust dulu yang mencebik bibir.

JANGAN BERSELIMUTUstaz dan para agamawan harus tunjuk akhlak. Akhlak yang baik. Mula dari sekecil benda. Kita pegang kelas. Kita ada kuasa dalam kelas. Asingkan murid-murid lelaki dan perempuan. Walaupun mereka masih tahun 1. Bila bersukan, mintalah anak didik kita menutup aurat. Walaupun dia tahun 2. Murid-murid suka bersalaman. Hormatnya mereka pada guru. Tegah murid perempuan dari bersalam dengan ustaz. Walaupun dia tahun 4. Suruh dia senyum dan ucap salam saja. Bila ada murid perempuan tahun 6 yang kita mengajar. Kumpul mereka. Ajar tentang haid dan cara bersuci serta mandi hadas. Masyarakat kita otak songsang. Budaya didahulukan, Hiburan diutamakan. Ustaz. Janganlah berselimut!!Jarang ustaz-ustaz sentuh perkara ini di sekolah. Bila murid-murid perempuan nak main bola sepak . Dasar sukan kebangsaan tak halang murid perempuan main bola sepan. Apa tugas ustaz?? Persetankan dasar itu. Sudah tidak adakah permainan lain yang boleh di main?? Bila dah jadi ustaz sekolah menengah. Ada murid dalam kelas terang-terang bercouple. Halanglah dia. Terang pada dia. Apa yang haram dan yang halal. Kalau dia tak mampu kawal. Ustaz berbincanglah. Jumpa kedua orang tua pelajar tersebut. bagi menikah. Janganlah ustaz pula yang support dalam kelas. Ustaz janganlah galakkan murid bercouple. Ustaz.. Janganlah berselimut.

SAYA PULAKalau saya mampu. Saya nak buat banyak benda. Saya nak ajar masyarakat. Saya nak ada consultant. Saya nak ada tempat program saya sendiri macam Rimba Taqwa. Saya nak ajar feqah, tauhid dan apa sahaja. Saya nak guna kitab besar. Namun saya tak mampu. Saya tetap terus belajar hingga hari ini. Nak tambah ilmu. Namun ustaz yang balik jauh-jauh masih berselimut. Dah ada bini cantik. Dah jadi penjawat awam. Terus bergomol di rumah. Ustaz, Masyarakat perlukan ustaz. Kami yang tak ada ilmu ni tak ada apa yang boleh beri pada masyarakat. Kami cuma ada semangat. Ayuh Ustaz. Janganlah berselimut.TEGURAN INITerimalah teguran ini ustaz. Saya seorang manusia kecil. Tak layak dipanggil pendakwah. Terbukalah ustaz. Janganlah kerana seorang anak muda tegur ustaz. Ustaz tenyeh dia hingga tersembam tak dapat bangun lagi. Ustaz punahkan idea dia, semangat dia, kepimpinan dia. Sayang, dia orang muda. Idea dia segar, harapannya tinggi, semangatnya waja. Namun dah kecut. Dah mati. Semangatnya padam. Jiwanya mati. Segalanya dah terkubur. Siapa yang lakukan. Ustaz yang balik jauh . Ustaz yang masih berselimut. Bangunlah.PENJAWAT AWAM.Janganlah para ustaz gunakan alasan penjawat awam sebagai halangan untuk berdakwah. Saya bukan suruh ustaz berpolitik.

USTAZ MUDATernyata ramai ustaz muda pada hari ini. Maksud saya insan-insan yang masih belajar ilmu agama. Usahalah supaya kita beragama. Janganlah ilmu kita sahaja yang agama. Turunlah ke medan ini. Biarkan masa muda kita. Kenapa kita nak isi dengan keseronokkan? Sedangkan keseronokkan abadi sudah ada. Biarlah kita nampak tua dari usia kita. Ayuh ustaz muda. Jika tidak barangkali kita juga akan diselimutkan. Jadilah kita ustaz yang sedang berselimut.TALQISMungkin apa yang saya tulis ini di ulit emosi. Saya minta maaf. Jika tak bersetuju boleh tinggalkan komen di bawah. Saya cuma bercakap soal reality. Saya juga berdoa. Hindarkanlah diri saya juga. Janganlah hari ini saya bersemangat. Esok lusa sayalah orang yang berselimut. Moga Allah bantu. Saya dedikasikan coretan ini buat ustaz-ustaz yang dah jadi pensyarah, dah jadi ulama, dah jadi YB, masih di mesir, Jordan, UIAM, UKM, IPGM dan sewaktu dengannya. Bukan ustaz saja yang berdakwah. Tapi artikel ini buat para ustaz. Ana sayangkan antum. Orang yang akalnya dipinjamkan Allah ilmu agama. Ayuh. Bangunlah. Janganlah berselimut lagi…

Dipetik daripada ustaznazmi.blogspot.com



Wednesday, May 13, 2009

CABARAN SEORANG USTAZ (BAHAGIAN 2)


Sebelum pulang saya pergi ke pejabat am sekolah. Seorang kerani sekolah bertanya kepada saya : “ kenak ustaz hukum pelajar perempuan. Kalau saya ambil bahagian, saya pun akan pakai seluar pendek”. Dia penuh yakin, tidak nampak di raut wajahnya bersalah dengan perkataannya tadi. Saya tersenyum apabila saya melihat beliau. Terlintas di dalam hati, badan begitu pun(bahasa lembut) ada hati nak pakai seluar pendek. Kalau badan cantik bolehlah tahan sikit.

Saya menjawab : ”tak boleh pakai seluar pendek, berdosa”. Dia menjawab : ”biasalah ustaz, bersukan, mesti ada semangat kesukanan. Saya bertegas :”tak boleh walaupun bersukan, ratu pecut Sukan Asia pun menutup aurat. Boleh menang. Ni hanya sukan peringkat sekolah dah bagi alasan tak selesa, tak boleh menang kalau menutup aurat. Semangat kesukanan konon. Ratu pecut Sukan Asia 2006 tu tak ada semangat kesukanan ke?

Kakak tadi masih cuba menjawab :”biasalah ustaz, budak-budak lagi”. Kali ini peluang keemasan kepada saya untuk mematahkan hujah beliau. ” Budak-budaklah kita kena tegur, nasihat. Kalau dah besar, susah. Nak lentur buluh mesti semasa rebung, bila dah jadi buluh memang tak dapat dilentur lagi. Saya berhujah dalam suasana muhibbah. Senyum-senyum saja supaya beliau tidak kecil hati. Saya mesti berhikmah dengan beliau dan saya juga menghormati beliau sebagai seorang kakak yang lebih tua daripada saya. Itulah keindahan Islam bukan hanya terletak kepada kebenaran dan kekuatan hujah tetapi pendakwah juga mesti menunjukkan akhlak yang mulia.

Beliau terdiam. Saya harap beliau insaf dan sedar tentang kewajipan menutup aurat dan tugas ustaz untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Keesokannya, seorang ibu bapa yang kononnya bijak tetapi hakikatnya tidak bijak(bahasa sopan) telah menelefon pihak pentadbir. Ibu bapa tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan saya ke atas anak mereka. Bagi mereka saya telah melanggar hak asasi manusia, kebebasan manusia berpakaian. Saya sudah menjangkakan dari awal lagi setelah melihat reaksi pelajar pada hari tersebut. Mereka memang akan mengadu kepada ibu bapa mereka. Mereka memang tidak mengakui kesilapan mereka.

Saya telah dipersalahkan. Saya pasrah tapi bukan mengaku kalah. Syariat Islam mesti didaulatkan. Pantang pendakwah mengaku kalah hanya dengan sedikit cabaran yang mendatang. Saya menjadikan sirah perjuangan rasul-rasul sebagai semangat dan motivasi kepada saya. Hadith Rasulullah SAW menjadikan saya semakin berani. Hadith tersebut bermaksud : ” berkatalah benar walaupun pahit

Saya harus berani tetapi berani bodoh.Saya harus bijak mengatasi masalah ini. Saya harus bertenang dan tidak cepat panik. Saya yakin Allah sentiasa bersama-sama saya. Sekali lagi ayat Al-Quran menjadi penenang jiwa saya. Ayat tersebut bermaksud : jangan kamu takut dan sedih kerana sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.

Kalau sebelum ini saya berhadapan dengan pelajar tetapi cabaran lebih getir akan menanti saya. Kali ini saya akan berhadapan dengan pentadbir dan ibu bapa yang memang tidak memahami Islam(bahasa lembut). Justeru ayat Al-Quran dan Hadis yang akan saya gunakan sebagai sandaran ketika berhujah akan ditolak mentah-mentah oleh mereka .

Kali ini juga saya berhadapan dengan golongan yang kononnya ”berpendidikan”. Justeru saya perlu berhujah secara ilmiah bukan secara emosi. Saya perlu buktikan tindakan saya adalah berdasarkan rasional bukan emosional.

Alhamdulillah Allah mengilhamkan kepada saya. Saya teringat kepada Prof Dr Aziz Bari, Pensyarah UIAM. Beliau adalah pakar Perlembagaan Malaysia. Tulisan beliau di dalam Majalah I terbitan Karangkraf ketika membincangkan dan mengulas mengenai Perlembagaan Malaysia menjadi sandaran hujah saya pada kali ini.

Artikel 160 secara jelas mendefinisikan MELAYU sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Ini disini terdapat 2 isi penting yang boleh diketengahkan.

Orang MELAYU mesti beragama Islam. Sifat dan kewajipan ke atas setiap orang Islam adalah menutup aurat. Justeru memakai seluar pendek ketika bersukan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Kedua, orang Melayu mesti mengamalkan adat Melayu. Memakai seluar pendek bukan adat Melayu. Ia adalah tindakan menyalahi adab kesopanan sebagai gadis Melayu. Justeru sekali lagi memakai seluar pendek bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Artikel 3 pula mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi. Justeru Islam perlu dihormati dan diamalkan. Jikalau memakai seluar pendek dibenarkan nescaya kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak mempunyai apa-apa maksud lagi.

Artikel 11 (4) pula menyebut kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam. Salah satu dakyah agama lain adalah memakai pakaian seksi dan mendedahkan aurat. Justeru dakyah ini perlu dibendung dan dibanteras. Justeru saya mengambil tindakan kepada pelajar perempuan yang memakai seluar pendek adalah tidak salah dan memang bertetapan dengan Artikel 11 (4) kerana menyekat dakyat agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam .

Selain itu, tindakan saya adalah selaras dengan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Mendedahkan aurat adalah bertentangan dengan konsep Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun Negara wajar dihayati oleh semua warganegara lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sentiasa melafazkannya setiap minggu iaitu pada Perhimpunan Mingguan Sekolah.

Saya tidak tahu samada mereka berpuas hati dengan hujah-hujah saya tadi. Namun apa-apa pun saya berserah dan bertawakal kepada Allah. Saya sedar tugas saya hanyalah memberi peringatan dan nasihat namun hati-hati mereka adalah milik Allah. Justeru saya berdoa supaya Allah membuka hati mereka dan mengurniakan hidayah kepada mereka .

Saya juga sedar saya perlu menjadi al-hudur al-muassir(kehadiran yang memberi kesan) seperti yang dijelaskan oleh Prof Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili ataupun menjadi umat nukleus seperti yang diungkapkan oleh Prof HAMKA ketika mentafsirkan ayat ummatan wasata. Kehadiran saya di sekolah perlu memberi kesan kepada pelajr dan warga sekolah. Saya tidak harus menjadi seperti melukut di tepi gantung, ada tidak menyebabkan bertambah dan tiadanya tidak menyebabkan berkurang.

Saya berpegang kepada falsafah jikalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai, jikalau takut kepada cabaran janganlah memilih ustaz sebagai profesion. Tetapi bukanlah bermaksud kita membiarkan berlaku cabaran sahaja tetapi hendaklah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menghadapi cabaran tersebut. Jikalau dicampakkan ke laut menjadi pulau dan jikalau dicampakkan ke daratan menjadi bukit. Itulah hakikat kewujudan saya di sekolah. Saya harus mempunyai jiwa besar walaupun berbadan kecil.