1. Musim haji tiba kembali. Bermula awal November lalu, para jemaah Malaysia sudah memulakan penerbangan ke tanah suci untuk menunaikan kefarduan rukun Islam kelima ini. Saya begitu rindukan suasana haji di tanah suci. Tahun lepas saya bersama-sama emak, allahyarham ayah dan mak ngah menunaikan ibadat haji. Diri ini terasa hina apabila terpandang kaabah. Saya hampir menitiskan air mata kerana diberi kesempatan menjadi tetamu Allah.
2. Dalam kuliah subuh di Masjid Taman Sukma, saya mengfokuskan kepada ibadat haji berdasarkan kepada buku nasihat agama dan wasiat iman karangan Imam Habib Abdulullah Al-Haddad. Saya membaca septong Hadith ini mengemukakan tentang peri-pentingnya ibadah haji sebagai salah satu bekalan untuk menghadapi hari Akhirat. Haji menjadi salah satu tiang kepada Islam dan orang yang mampu melakukannya. Namun tidak menunaikan ibadah haji diberikan amaran keras oleh Rasulullah SAW. Terutamanya dalam zaman moden ini, ramai yang kaya-raya, berkereta besar, berumah besar, tetapi menangguh-nangguh pemergian dengan alasan “belum sampai seru.” Sabda Rasulullah SAW:
من ملك زادا وراحلة تبلغه إلى بيت الله الحرام فلم يحج , فلا عليه أن يموت يهوديا أو نصرانيا
Maksudnya: Barangsiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke BaitulLah al-Haram, tetapi dia tidak melakukan ibadah haji; maka biarlah baginya untuk dia mati Yahudi atau Nasrani.”

3. Dalam urusan haji ini, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hajj: Ayat 26-32:
Dan ketika Kami tentukan bagi Ibrahim tempatnya di Kaabah lalu Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau sekutukan (syirikkan) dengan-Ku, sesuatu pun dan bersihkanlah rumah-Ku bagi orang yang bertawaf, dan orang yang berdiri dan orang yang rukuk serta sujud.
Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.
Supaya mereka menyaksikan berbagai faedah bagi mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang ternak; maka makanlah kamu darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir.
Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri, dan sempurnakanlah nazar mereka, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua itu.
Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu tentang haramnya, maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh berhala-berhala, serta jauhilah perkataan dusta.
Beramal ikhlaslah kepada Allah, serta tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya; dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh.
Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.
Justeru saya mengajak semua umat Islam untuk mengerjakan ibadat haji. Jangan ditangguh-tangguh sehingga tua. Ibadat haji memerlukan kepada tubuh badan yang sihat kerana amalan haji banyak melibatkan pergerakkan fizikal seperti tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah dan sa'ie.