Showing posts with label Ibadat. Show all posts
Showing posts with label Ibadat. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH BERSAMA IMAM MUDA AZHAR 24 MEI 2012 – 5 JUN 2012 (13 HARI 11 MALAM)




BILIK 4 SEBILIK HARGA DEWASA RM 5,950(Tidak termasuk tiket kapal terbang Kuching - KLIA)

Harga kanak-kanak bawah 5 tahun bersamaan 85% dari harga pakej dewasa

PAKEJ MERANGKUMI
• Tiket Penerbangan
• Makanan, penginapan & perjalanan di Madinah & Makkah
• Visa Umrah
• Makanan masakan melayu Malaysia
• Kursus umrah, beg , buku panduan umrah, tag nama, jadual umrah, & air zam zam

TIDAK TERMASUK
• Lebihan muatan dari 30kg termasuk air zam zam
• Perjalanan ke Tan’im untuk berniat ihram
• Lawatan tambahan luar pakej
• Insurans perjalanan

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
• Borang pendaftaran diisi lengkap bersama deposit sebanyak RM1000
• Pasport antarabangsa (Tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas )
• Salinan I/C dan surat beranak jemaah
• Salinan I/C dan salinan surat beranak bagi jemaah yg belum berkahwin @ kematian suami @ suami tidak turut serta @ anak di bawah 18 thn yg boleh dijadikan mahram (spt bapa / anak dll)
• Salinan surat nikah bagi jemaah pasangan berkahwin
• 4 kpg gambar warna (Background putih,tidak berkopiah, tidak bersongkok, bertudung hitam)
• Buku & Pengesahan Suntikan Meningitis ACYW 135

ATURCARA PERJALANAN
HARI 1 : KUALA LUMPUR – DOHA - JEDDAH 24 MEI 2012
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas
Kemudian menaiki penerbangan Qatar Airways pada jam 9.10 malam (QR625) dan dijangka tiba di Doha pada jam 11.40 malam (transit selama 50 minit) dan bertolak dari Doha ke Jeddah pada jam 12.30 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 3.10 pagi keesokannya. Setibanya di Jeddah, petugas kami akan membawa anda terus ke Madinah menaiki bas dan akan menginap di Hotel Fairooz di Madinah.

HARI 2 : MADINAH 25 MEI 2012
Jemaah bakal menziarahi Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a, Raudhah, serta perkuburan Baqi’. Jadual seterusnya adalah bebas untuk meneruskan ibadah di Masjid Nabawi atau berjalan sekitar Kota Madinah.

HARI 3 : MADINAH 26 MEI 2012
Jemaah dibawa melawat ke tempat bersejarah bumi Madinah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Saidina Hamzah dan syuhada , Masjid Jumaat dan lain-lain. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Kebun Kurma dan Pasar kurma.

HARI 4 : MADINAH –MAKKAH 27 MEI 2012
Jemaah dibawa untuk Ziarah wida’ di Masjid Nabawi, berihram dan niat Umrah di Bir Ali. Setibanya di Makkah, anda terus dibawa ke penginapan di Dar Umm Hane, Makkah. Selepas berehat, para jemaah akan memulakan ibadah Umrah yang dipandu dan dibimbing oleh muttawwif Suffah Travel.

HARI 5
: MAKKAH 28 MEI 2012
Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Muzium Purba, dan selepas itu jemaah akan miqot di Ja’ronah untuk melakukan umrah kali ke 2.

HARI 6 : MAKKAH 29 MEI 2012
Jemaah akan dibawa menziarahi Masjid Jin, Masjid Syajarah, Makam Siti Khadijah di Ma’ala, dan Makam Maimunah dan dibawa selepas itu ke Miqot Tana’im untuk Umrah kali ke 3.

HARI 7 : MAKKAH 30 MEI 2012
Jemaah akan dibawa minum susu unta di ladang ternakan unta, Melawat Muzium Kelambu Ka’bah (jika mendapat kelulusan pihak berkuasa Saudi) seterusnya Jemaah akan dibawa Miqot di Hudaibiyah untuk melakukan ibadat Umrah kali ke 4 dan pada sebelah malamnya akan diadakan jamuan doa selamat.


HARI 8 - 10
: MAKKAH 31 MEI 2012 – 2 JUN 2012
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram.

HARI 11
3 JUN 2012
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram. Pada sebelah malamnya akan diadakan solat hajat dan tahlil doa selamat untuk perjalanan pulang ke tanah air.

HARI 12 : MAKKAH 4 JUN 2012
Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal (Tawaf Wida’) , jemaah berangkat ke Jeddah dan singgah di Masjid Ar-Rahmah (Masjid Terapung). Kemudian ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 13 : KUALA LUMPUR -KUCHING 5 JUN 2012
Tiba di Kuala Lumpur pada jam 10.55pagi.

Berminat sila hubungi saya Ust Hj Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad di talian 013-3789411

Wednesday, June 22, 2011

TRAVELOG UMRAH - KERENAH AGENSI UMRAH

Alhamdulillah saya bersama ibu, isteri dan ibu mertua telah selamat mengerjakan umrah. Perancangan awal telah bermula pada tahun lepas dengan kami melihat pakej-pakej umrah yang disediakan oleh agensi-agensi umrah dan Tabung Haji Travel. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, kami membuat keputusan memilih pakej umrah yang disediakan oleh sebuah agensi umrah swasta yang beralamat di Alor Setar Kedah.

Kami telah memilih pakej semasa cuti sekolah dengan penerbangan Biman Airlines. Tarikh pilihan adalah pada 28 Mei hingga 11 Jun 2011 iaitu selama 14 hari termasuk hari pergi dan hari pulang ke Malaysia. Bayaran yang dikenakan setiap seorang adalah RM5450. Pada 28 Disember 2010 saya telah membuat pembayaran pendahuluan sejumlah RM4000 untuk 4 orang. Saya juga telah menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan visa termasuk pasport antarabangsa kepada agensi swasta tersebut. Harga yang ditawarkan kepada kami hanya RM5350 iaitu diskaun RM100 untuk setiap seorang.

Pada awal bulan Mei 2011, saya menelefon agensi umrah tersebut bertanya tentang bayaran penuh. Setelah mendapat jawapan daripada pegawai agensi umrah tersebut, saya dan isteri telah membuat pemindahan wang ke dalam akaun Tabung Haji ibu saya. Kakak bersama ibu telah pergi ke agensi tersebut untuk membuat pembayaran penuh.

Alangkah terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibu mertua tidak dapat pergi bersama kami kerana pembayaran pendahuluan tidak dibuat secara serentak. Justeru, pegawai itu mencadangkan ibu mertua pergi lebih lewat atau pun ibu, isteri dan ibu mertua perlu pergi terlebih dahulu dan saya akan menyusul kemudian. Apabila saya mendapat khabar berita tersebut daripada kakak, saya terus bercakap dengan pegawai tersebut menerusi telefon. Saya menjelaskan pembayaran deposit telah dibuat secara serentak pada 28 Disember 2010.

Apabila mendapat penjelasan daripada saya, beliau berjanji akan mencari penerbangan lain kepada kami berempat. Beliau memberitahu penerbangan pada 28 Mei telah penuh. Saya menanti penuh sabar jawapan daripada pegawai tersebut namun tiada jawapan. Maka saya telah menelefon pegawai tersebut. Beliau mencadangkan saya mengambil pakej pada 25 Mei dengan penerbangan Oman Air. Saya tidak bersetuju kerana tarikh tersebut belum cuti sekolah dan tiket pulang ke Kedah telah dipohon kepada Bahagian Pengajian Teknik dan Vokasional. Setelah berbincang panjang maka saya ditawarkan dengan pakej Emirates pada 31 Mei hingga 14 Jun. Saya bersetuju walaupun harga lebih mahal iaitu RM5800 setiap seorang.

Setelah mendapat jadual penerbangan menerusi email daripada pegawai tersebut, saya meminta ibu bersama adik membuat pembayar penuh sejumlah RM22800 untuk 4 orang. Namun 2 hari sebelum berlepas ke tanah suci, saya mendapat panggilan telefon memaklumkan jadual berkumpul di Stadium Darul Aman ditukar ke jam 11.00 pagi tetapi penerbangan tetap pada jam 7.30 malam pada 31 Mei di KLIA. Setelah berbincang dengan abang kerana meragui masa penerbangan, saya menelefon kembali agensi tersebut untuk mendapat kepastian tentang waktu penerbangan. Pada kali ini beliau memberitahu jadual penerbangan adalah pada pukul 2.00 pagi pada 1 Jun.

Keesokannya sehari sebelum berlepas ke Jeddah, saya sekali lagi mendapat panggilan daripada agensi tersebut. Beliau memaklumkan pakej tersebut berharga RM5900. Justeru, beliau meminta baki bayaran sejumlah RM200 bagi setiap seorang. Saya menjelaskan bayaran yang ditawarkan kepada kami hanya RM5800 tetapi setelah diskaun harga pakej hanya RM5700 dan bayaran telah dibuat sepenuhnya. Setelah mendapat penjelasan tersebut beliau berpuas hati dan beliau meletakkan telefon.

Saturday, May 14, 2011

NIKMAT ALLAH

Alhamdulillah begitu banyak nikmat Allah kepada saya. Jikalau sebelum ini Allah menguji dengan sedikit musibah tetapi kali ini Allah telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada saya.

Setelah berkhidmat sebagai guru selama 5 tahun dengan berkat sokongan dan dokongan daripada semua pihak, saya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) bagi tahun 2010. Satu pengiktirafan kepada kakitangan awam yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Nikmat yang saya sangat impikan adalah menjadi tetamu Allah. Insyaallah pada 31 Mei hingga 13 Jun ini saya akan mengerjakan umrah bersama-sama dengan isteri, ibu dan ibu mertua. Setelah 3 tahun meninggalkan tanah haram pada awal 2008 selepas selesai mengerjakan ibadat Haji, kali ini saya sekali lagi dijemput oleh Allah untuk mengunjungi Baitullah. Nikmatnya melakukan umrah dan membanyakkan ibadat di Masjid Haram serta kesempatan menzirahi maqam Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah. Mudah-mudahan peluang keemasan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam usaha memburu redha Allah.

Wednesday, November 12, 2008

Tetamu Allah " Dhuyuf Ar-Rahman"







1. Musim haji tiba kembali. Bermula awal November lalu, para jemaah Malaysia sudah memulakan penerbangan ke tanah suci untuk menunaikan kefarduan rukun Islam kelima ini. Saya begitu rindukan suasana haji di tanah suci. Tahun lepas saya bersama-sama emak, allahyarham ayah dan mak ngah menunaikan ibadat haji. Diri ini terasa hina apabila terpandang kaabah. Saya hampir menitiskan air mata kerana diberi kesempatan menjadi tetamu Allah.

2. Dalam kuliah subuh di Masjid Taman Sukma, saya mengfokuskan kepada ibadat haji berdasarkan kepada buku nasihat agama dan wasiat iman karangan Imam Habib Abdulullah Al-Haddad. Saya membaca septong Hadith ini mengemukakan tentang peri-pentingnya ibadah haji sebagai salah satu bekalan untuk menghadapi hari Akhirat. Haji menjadi salah satu tiang kepada Islam dan orang yang mampu melakukannya. Namun tidak menunaikan ibadah haji diberikan amaran keras oleh Rasulullah SAW. Terutamanya dalam zaman moden ini, ramai yang kaya-raya, berkereta besar, berumah besar, tetapi menangguh-nangguh pemergian dengan alasan “belum sampai seru.” Sabda Rasulullah SAW:
من ملك زادا وراحلة تبلغه إلى بيت الله الحرام فلم يحج , فلا عليه أن يموت يهوديا أو نصرانيا
Maksudnya: Barangsiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke BaitulLah al-Haram, tetapi dia tidak melakukan ibadah haji; maka biarlah baginya untuk dia mati Yahudi atau Nasrani.”

3. Dalam urusan haji ini, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hajj: Ayat 26-32:

Dan ketika Kami tentukan bagi Ibrahim tempatnya di Kaabah lalu Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau sekutukan (syirikkan) dengan-Ku, sesuatu pun dan bersihkanlah rumah-Ku bagi orang yang bertawaf, dan orang yang berdiri dan orang yang rukuk serta sujud.

Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

Supaya mereka menyaksikan berbagai faedah bagi mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang ternak; maka makanlah kamu darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir.

Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri, dan sempurnakanlah nazar mereka, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua itu.

Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu tentang haramnya, maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh berhala-berhala, serta jauhilah perkataan dusta.

Beramal ikhlaslah kepada Allah, serta tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya; dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh.

Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.
Justeru saya mengajak semua umat Islam untuk mengerjakan ibadat haji. Jangan ditangguh-tangguh sehingga tua. Ibadat haji memerlukan kepada tubuh badan yang sihat kerana amalan haji banyak melibatkan pergerakkan fizikal seperti tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah dan sa'ie.