Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

PROGRAM MAULIDUR RASUL BERSAMA UST DON



Jom kita sertai taman syurga ini.

Saturday, February 4, 2012

FORUM MAULIDUR RASUL DI MASJID AT-TAQWA, GITA



Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Monday, January 9, 2012

KULIAH DR ABDUL BASIT ABD RAHMAN DI KUCHING



Insyaallah Dr Abdul Basit Abd Rahman akan menyampaikan kuliah di masjid-masjid sekitar Kuching pada 21 & 22 Januari 2012 nanti. Beliau akan menggunakan kitab Rukun Iman terbitan Dar Taibah. Kitab tersebut akan dikhatamkan pada kuliah siri ke-5. Sama-sama kita menghadiri program ilmu ini.

Thursday, December 15, 2011

MAKSIAT

Alhamdulillah malam tadi 14 Disember 2011 saya berkesempatan memberi motivasi kepada peserta Kem Bina Sahsiah anjuran Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Sekolah Agama Al-Faizin, Guar Cempedak. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 2,3 dan 4 seluruh negara. Seramai 230 orang pelajar telah mengikuti program tersebut selama 21 hari.Sebelum saya memulakan ceramah saya sempat berbual dengan fasilitator KBS. Mereka memaklumkan bahawa terdapat peserta yang positif dadah setelah dibuat saringan air kencing oleh AADK. Selain itu yang mengejutkan terdapat peserta yang pernah berzina dan menggugurkan kandungan. Sahabat saya Ust Nazmi juga memberitahu sekarang tren pelajar sekolah berzina di dalam kawasan sekolah. Antara lokasi pilihan mereka adalah dewan makan asrama iaitu di bawah meja makan yang ditutup indah dengan kain. Perbuatan terkutuk ini dilakukan pada sebelah malam. Ini kerana dewan makan tidak akan ditutup oleh penguasa kantin kerana mereka mengambil jalan mudah iaitu tidak perlu menunggu semua pelajar habis minum malam. Cara mudah adalah dengan membiarkan dewan makan tidak berkunci. Maka peluang ini diambil oleh pelajar-pelajar bermasalah untuk melakukan maksiat. Justeru, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah yang semakin membarah di kalangan muda-mudi Islam.

Wednesday, December 14, 2011

BERKONGSI ILMU DI KAMPUNG HALAMAN

Pada 25 November 2011 yang lepas saya diberi peluang untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Sultanah Haminah Qaryah Tanjung Radin. Saya sangat teruja kerana ini merupakan peluang berkongsi ilmu dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada ahli keluarga saya sendiri. Pagi ini selepas Solat Subuh Berjemaah sekali lagi Tuan Imam berjumpa dengan saya. Beliau meminta bantuan saya untuk menyampaikan kuliah subuh pada pagi Ahad 18 Disember 2011. Alhamdulillah dengan segala kerdilan diri dan kekurangan ilmu saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi ilmu demi mencapai keredhaan Allah.

Thursday, May 26, 2011

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Alhamdulillah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam sekitar Bandar Kuching sehingga malam ini walaupun esok pagi saya akan pulang ke kampung halaman. Antara topik yang disampaikan sepanjang minggu lepas dan minggu ini adalah mengenai alamat kecil kiamat.

Sebagai umat Islam kita wajib beriman dengan Hari Akhirat. Mengapakah Hari Akhirat penting? Jawapannya adalah kerana dunia tidak menjamin keadilan kepada penghuninya namun akhirat akan memberi keadilan kepada semua manusia. Sebagai contoh, seorang perompak boleh hidup mewah hasil daripada harta rompakan tetapi dia terlepas daripada hukuman di dunia kerana beliau merupakan seorang perompak yang licik. Seorang pekerja bawahan yang rajin dan bertanggungjawab namun majikan tidak memandang pengorbanan beliau sehingga organisasi tersebut maju. Namun dengan adanya Hari Akhirat maka semua manusia akan mendapat balasan berdasarkan amalan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Manusia yang bijak adalah manusia yang bermuhasabah tentang diri sendiri dan melakukan amalan untuk hari selepas kematian. Kita akan menjadi manusia yang berpandangan jauh dan memikirkan baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Semua ini adalah hasil beriman kepada Hari Akhirat.

Monday, February 28, 2011

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA AKAN MELUASKAN PINTU REZEKI

Alhamdulillah pagi tadi saya mendapat sms daripada Ust Mahadi IPG Kampus Batu Lintang. Beliau menawarkan kepada saya untuk mengajar ustaz ustazah J-Qaf pada cuti sekolah bulan Mac nanti selama 10 jam. Tawaran sebagai tenaga pensyarah sambilan. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Namun saya terpaksa menolak kerana saya akan bercuti ke Limbang bersama keluarga. Sebelum ini pun saya pernah mendapat tawaran yang sama tetapi terpaksa menolak juga kerana saya telah membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung.

Bulan November 2010 yang lepas, saya telah mendapat tawaran pensyarah sambilan di Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS),JAKIM tetapi saya juga terpaksa menolak kerana saya akan menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa kerana ia akan meluaskan pintu rezeki.

Friday, February 4, 2011

Wednesday, February 2, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL SAW




Insyaallah pada 15 Februari nanti kita akan sama-sama menyambut Maulidur Rasul SAW. Bersempena dengan sambutan ini, saya ingin mengajak semua muslimin dan muslimat mencintai Rasulullah dengan mengikuti sunnah baginda. Tak kenal maka tidak cinta. Justeru buatlah sedikit pelaburan dengan miliki kitab Syamail Muhammad dengan harga RM47 sahaja dan ringkasan Riyadhus Solihin dengan harga RM52. Muslimin-muslimat sekitar Kuching yang berminat sila hubungi saya 0133789411.

Thursday, January 27, 2011

BANTUAN ALLAH

Alhamdulillah insyaallah pada 29 januari nanti akan diadakan ijtimak nuqaba'. Program yang sangat penting untuk menghimpunkan para naqib, naqibat dan pendakwah. Kami akan didedahkan dengan teknik menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan mad'u.

Saya telah diamanahkan untuk menjadi bendahari. Salah satu tugas bendahari adalah mencari sumber pendapatan untuk menguruskan program ini. Anggaran perbelanjaan sejumlah RM1000 sahaja. Masa tinggal seminggu sahaja lagi sebelum program berlangsung tetapi duit satu sen pun belum ada. Saya berusaha menghubungi kenalan dan sahabat-sahabat memohon sumbangan ikhlas.

Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati seorang sahabat untuk menginfakkan wang sejumlah RM1050. Saya memanjatkan pujian dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Setiap kesusahan pasti bersamanya kemudahan.

Monday, November 8, 2010

TRAVELOG HAJI & VCD




Travelog Haji + VCD
Harga setiap unit (piece): RM29.00

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim

Kod Buku : PTSB1026

Kod ISBN : 978-967-366-026-1

Harga : RM29.00, CP : 10

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa

ZIKIR DOA & SELAWAT POPULAR



Zikir Doa & Selawat Popular
Harga setiap unit (piece): RM25.90

Penulis : Mohamad AbdullahAl-Amin

Kod Katalog : TBBK 1073

Kos ISBN : 978-967-5102-06-6
HARGA : RM 25.90, CP : 8

Buku DOA, ZIKIR DAN SELAWAT POPULAR ini menghimpunkan panduan untuk beramal melalui doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Buku ini memaparkan sejarah doa para nabi dan rasul yang sebahagian besarnya termaktub di dalam al-Quran.
Soalan seperti bilakah waktu yang mustajab untuk berdoa, bagaimana berdoa dengan menggunakan nama Allah yang Agung atau Asmaul Husna kerap kali ditanya. Buku ini menyediakan segalanya!
Selain itu, buku ini juga memberi panduan untuk beramal di samping menyediakan doa-doa tertentu seperti doa murah rezeki, doa untuk ketenteraman dan kesejahteraan jiwa, doa ketika berhadapan dengan berita sedih serta ketika menghadapi ujian dan kesusahan termasuk mendoakan orang yang ditimpa musibah atau sakit. Untuk kebahagiaan rumah tangga pula disediakan doa untuk suami isteri, doa aktiviti harian, tolak bala dan lain-lain doa mohon keselamatan. Buku ini harus dimiliki oleh semua golongan dari semua peringkat masyarakat.

ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT



Zikir Pagi Petang & Selepas Solat
Harga setiap unit (piece): RM4.00

Penulis : Dr. Abdul Basit

Kod Katalog : TBBK 1107

Kos ISBN : 978-967-5102-36-3
HARGA : RM 4.00, CP : 1

---------------------------------------------------------------------------

Buku kecil ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT ini merupakan buku panduan bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja. Malah mudah pula dikeluarkan untuk dibaca pada bila-bila masa termasuk zikir atau wirid yang lazimnya dilakukan selepas solat fardu lima waktu.
Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian:
Zikir daripada al-Quran.
Zikir daripada sunah Rasulullah SAW.
Zikir selepas solat.
Kalau anda amalkan 15 hingga 20 minit setiap hari, dalam masa paling lama 3 bulan anda akan dapat menghafal dan menguasai zikir tersebut. Selepas itu anda tidak lagi memerlukan buku ini kerana anda telah dapat menghayatinya. Ketika itu anda tidak lagi membaca zikir tetapi anda berzikir dalam erti kata yang sebenarnya.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT



Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Kod Katalog : TBBK 1097

Kos ISBN : 978-967-5102-30-1
HARGA : RM 55.00, CP : 18

--------------------------------------------------------------------------------

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Saudara-saudari yang ingin membeli boleh dapatkan di kedai maya saya. Sekian, terima kasih.

Sunday, November 7, 2010

MARI MEMBUDAYAKAN ILMU

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog.Saudara-saudari dijemput membeli buku-buku agama di kedai maya saya beralamat : http://www.stormreaders.net/afnanfaiz

Diharapkan dengan ini kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan sekaligus dapat meningkatkan iman kita kepada Allah.

Friday, October 15, 2010

PENGUMUMAN :KULIAH SUBUH @ MASJID AT-TAQWA GITA



Insyaallah pada 17 Oktober 2010, ahad pagi saya akan menyampaikan kuliah subuh di Masjid At-Taqwa Gita. Tajuk kuliah adalah kematian satu kemestian. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tuesday, August 31, 2010

ZIARAH DAKWAH @ TEBEDU








Alhamdulillah pada 22 Ogos yang lepas, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita (USK) dan Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengadakan ziarah dakwah ke perkampungan saudara kita. Sebanyak 17 keluarga telah memeluk Islam. Rombongan ini bertolak selepas solat Zohor dari Masjid Solahuddin Ayubi, Kem Penrisen. Apabila sampai, rombongan muslimat sibuk menyediakan juadah berbuka puasa secara gotong-royong. Pasukan perubatan pula sibuk membuka kaunter rawatan percuma manakala rombongan muslimin berkunjung rumah ke rumah sambil menghulurkan sekotak kurma.

Selepas berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah, satu majlis penyerahan sumbangan barang dapur dan duit raya kepada 17 keluarga muslim. Kemudian semua hadirin telah bersolat terawih dan witir.

Semoga program ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Wednesday, August 18, 2010

MARILAH KITA BERBUAT AMAL PADA BULAN RAMADHAN



Amat bertuah dan beruntung manusia yang mendapat rezeki melimpah ruah daripada Allah. Manusia yang beriman akan mengingati dan memahami bahawa dalam harta mereka terdapat hak orang-orang tertentu samada hak orang miskin yang meminta-minta atau pun yang tidak meminta-minta. Justeru, orang mukmin yang kaya akan menggunakan nikmat kekayaan tersebut untuk semakin dekat dengan Allah dengan cara menginfakkan harta mereka pada jalan Allah. Lihat sahaja sahabat-sahabat nabi seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Omar al- Khattab dan Saidina Abd Rahman bin Auf yang telah membelanjakan harta mereka untuk menolong fakir miskin dan perjuangan Islam yang mulia ini.

Sempena bulan ramadhan ini, terdapat sebuah hadith yang boleh menjadi motivasi kepada semua umat Islam untuk berbuat amal kebajikan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :" Barang siapa yang memberi seseorang berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang dia beri makan tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa tadi". Namun bukan semua manusia yang mampu memberi makan untuk orang berbuka puasa. Kalau tidak mampu maka lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing.

Saya secara peribadi tidak mampu memberi dan menyediakan juadah berbuka kepada orang-orang berpuasa dalam kapasiti yang besar. Saya hanyalah guru biasa di sekolah. Duit gaji hanya cukup untuk saya sekeluarga dan sedikit untuk perbelanjaan emak dan adik-beradik di kampung. Namun berkat nikmat ilmu yang Allah berikan kepada saya maka galakan Rasulullah tadi dapat dilaksanakan walaupun saya tidak mempunyai wang yang banyak.

Melalui platform Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak kami merancang akan mengadakan majlis berbuka puasa. Kami tidak mendapat geran daripada kerajaan. Kekangan kewangan tidak menjadi halangan kepada kami tetapi kami tukarkan masalah tadi untuk menjadikan kami lebih kreatif. Kami telah menghantar surat-surat memohon sumbangan kepada badan-badan korporat dan bank-bank.

Alhamdulillah hasil perbincangan panjang lebar dengan pegawai Kuwait Finance House, insyaallah satu Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma untuk 200 orang jemaah. Majlis tersebut akan diadakan pada 29 Ogos 2010 nanti. Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kuwait Finance House.

Mudah-mudahan sedikit usaha yang kami lakukan akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Ameen...

Monday, August 9, 2010

CERAMAH AMBANG RAMADHAN @ FAKULTI PERUBATAN UNIMAS


Isteri mengambil gambar mahasiswi selepas selesai ceramah


Mahasiswi mendengar dengan khusyuk ceramah berkisar tentang ramadhan & puasa

Alhamdulillah sebentar tadi saya berkesempatan memberi ceramah ramadhan kepada mahasiswa-mahasiswi Fakulti Perubatan & Kejururawatan UNIMAS. Ceramah diadakan sempena dengan pelancaran Fiesta Ramadhan. Pelbagai program telah diatur sempena dengan kedatangan ramadhan antaranya Qiamullail, iftar jama'ie, tadarus Quran dan kempen membawa Mushaf Al-Quran. Semoga ceramah yang disampaikan memberi kesedaran kepada semua untuk meningkatkan amal sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sunday, August 8, 2010

FORUM AMBANG RAMADHAN @ MASJID AL-MUHAJIRIN ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK







Alhamdulillah semalam 7 Ogos 2010 telah berlangsung Forum Ambang Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Moderator forum adalah Dr Mohd Ridhuan b Mohd Rathi dan ahli panel terdiri daripada Ustaz Yazid Rajali & Ust Azmi b Shaari. Selepas forum selesai ahli-ahli panel, AJK YAM & AJK Masjid Al-Muhajirin menjamu selera di Restoren Seven On Seven. Semoga forum semalam memberi impak yang maksimum kepada semua muslimin & muslimat di sekitar Bandaraya Kuching.