Friday, January 23, 2009

HUKUMAN ROTAN MENURUT PANDANGAN ISLAM



Kesalahan disiplin di kalangan pelajar menjadi perbualan guru-guru apabila sesi persekolahan baru saja dibuka. Minggu lepas kami mengikuti perkembangan staf berkaitan disiplin. Apa yang menarik minat saya adalah berkaitan hukuman merotan. Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959 hukuman merotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar lelaki sahaja. Pelajar perempuan tidak boleh dikenakan hukuman merotan.

Peraturan ini bercanggah sama sekali dengan kaedah pendidikan di dalam Islam. Merotan dalam Islam bukan sebagai hukuman(al-'uqubah) tetapi sebagai satu cara dan kaedah pendidikan(at-tarbiyyah wa at-ta'dib). Rasulullah meminta semua ibu bapa menyuruh anak-anak mereka mendirikan solat apabila berumur 7 tahun. Namun apabila anak sudah berumur 10 tahun tetapi masih enggan mendirikan solat, maka Rasulullah memberi keizinan kepada ibu bapa untuk merotan anak mereka. Di dalam hadith ini tidak dibezakan samada anak lelaki mahupun anak perempuan.
Allah juga membenarkan suami memukul isteri jikalau mereka nusyuz(derhaka). Namun kebenaran ini hanya dibolehkan setelah suami mendidik, membimbing, menasihati, menegur dan memberi kaunseling kepada isteri. Jikalau isteri masih menderhaka, suami hendaklah mengasingkan tempat tidur dengan isteri. Setelah proses ini selesai tetapi isteri masih menderhaka, barulah suami dibenarkan memukul isteri dengan tujuan mendidik bukan mendera.
Selain itu, Allah juga meminta pemerintah menjatuhan hukuman 100 kali sebatan kepada penzina perempuan dan lelaki. Bukti-bukti ini menyanggah sama sekali Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang tidak membenarkan pelajar perempuan dirotan.
Namun merotan hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak seperti berikut:
  1. Merotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar berumur 10 tahun ke atas sahaja.
  2. Muka dan kawasan-kawasan merbahaya seperti perut dan kemaluan hendaklah dielakkan.
  3. Alatan merotan hendaklah dipastikan tidak memudharatkan pelajar. Justeru rotan adalah alat yang paling sesuai.
  4. Merotan bukan dengan tujuan mendera sehingga meninggalkan kesan-kesan lebam pada badan pelajar. Di dalam al-Quran digunakan perkataan ijlidu untuk merujuk kepada merotan. Ijlidu berasal daripada perkataan jaldun yang bermaksud kulit. Mengikut fakta sains, kulit adalah deria yang dapat merasai kesakitan. Justeru had merotan hanyalah sehingga pelajar merasai pedih-pedih sahaja.
  5. Merotan boleh dikenakandi khalayak ramai apabila melibatkan kes berat. Hal ini diqiaskan kepada hukuman had zina. Ia bukan bertujuan memalukan pelajar tersebut tetapi lebih kepada peringatan dan amaran kepada pelajar-pelajar lain.

Justeru, saya amat yakin kes disiplin hanya dapat diatasi apabila kita kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Akal manusia sangat terbatas sedangkan Allah Maha Mengetahui dan lagi bijaksana.



Thursday, January 22, 2009

TERIMA KASIH EMAK


MEMIKUL amanah adalah satu tugas berat dan memerlukan kesabaran tinggi. Tidak kira organisasi apapun dipimpin, amanah adalah kunci kepada kejayaan.
Tanpa amanah, organisasi yang dipimpin seseorang itu akan menemui kegagalan dan kehancuran. Amanah jugalah yang membawa kejayaan kepada Nabi Muhammad ketika mengepalai robongan yang membawa dagangan Siti Khatijah ke Syam.
Selain memimpin organisasi politik, perniagaan dan sebagainya, amanah dalam memimpin keluarga juga sangat penting. Tanpa amanah, kita sering dengar melalui berita yang disiarkan media ada bapa yang sanggup merogol anak sendiri.
Firman Allah: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kami menunaikan amanah kepada yang berhak dan apabila kamu menghukum sesama manusia, hendaklah kami menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi sebaik-baik pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.” - (An-Nisa: 58).
Maksud ayat berkenaan amanah dalam konteks kehidupan manusia di muka bumi ini memberi pengertian luas, daripada pengurusan negara hinggalah hal-ehwal berkaitan dengan kehidupan harian. Ia turut menuntut keadilan dalam soal menghukum pesalah. Ini dapat dilihat dalam keluarga itu sendiri, bapa atau ibu sering bertindak sebagai hakim dalam memberi hukuman kepada anak yang melakukan kesalahan.
Ada sesetengah ibu bapa memberi hukuman tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan anak mereka, sehingga ada kalanya sampai ke peringkat penderaan.
Penderaan yang berlaku dalam masyarakat bukan saja menyebabkan mangsa dicederakan secara fizikal, malah mentalnya.
Walaupun Rasulullah sudah sekian lama meninggalkan kita namun segala panduan lengkap terkandung dalam al-Quran dan hadis. Anak-anak adalah sebahagian harta pusaka yang tidak boleh dipersia-siakan oleh ibu bapa. Anak-anak dijaga dengan sempurna bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

Saya boleh berjaya pada hari ini adalah hasil didikan mak dan ayah tercinta. Tanpa bimbingan mereka, saya tidak mungkin boleh berjaya dan hidup bahagia seperti hari ini.
Terima emak.
Ya Allah ampunilah dosaku, dosa mak dan ayah aku. Kasihilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil. Ya Allah tempatkan ayah aku bersama-sama Anbiya',siqqidin,solehin dan syuhada'.Amin..

Wednesday, January 21, 2009

INILAH POKOK GHARQAD





Kaum Yahudi Laknatullah yang memusuhi Islam akan menerima pembalasan daripada Allah. Jikalau pada hari ini mereka membunuh dengan kejam umat Islam di Gaza, namun apabila dekatnya dengan kiamat mereka akan dibunuh oleh umat Islam. Pada waktu itu, pokok-pokok dan batu-batu akan menolong umat Islam. Kecuali sejenis pokok sahaja yang akan memihak kepada kaun Yahudi.
Ini sabit dengan Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim

“لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود، فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر، فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم، يا عبد الله، هذا يهودي خلفي، فتعال فاقتله. . إلا الغرقد، فإنه من شجر اليهود
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi, lalu mereka dibunuh oleh orang-orang Islam, sehinggalah orang-orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Maka berkatalah batu dan pokok: Wahai Muslim! Wahai Abdullah! Ini dibelakangku ada Yahudi. Datanglah untuk membunuhnya. Kecuali (Yahudi yang bersembunyi di sebalik) pokok Gharqad kerana sesungguhnya itu adalah pokok Yahudi”.

Tuesday, January 20, 2009

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


01. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan
02. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa dan negara.
03. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
04. Membuat persedian awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal, atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
05. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
06. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
07. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
08. Sentiasa menghormati guru sama ada di dalam atau di luar kelas
09. Bersoal jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar
10. Sering memberi pandangan atau pendapat dalam proses pembelajaran dan ini dapat melatih dan mengasah ketajaman pemikiran
11. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah pelajari
12. Menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan
13. Mengadakan kumpulan perbincangan ( study group ) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan
14. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam
15. Membaca akhbar dan majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
16. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan
17. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri ( sendiri ) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenar, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran
18. Menyediakan jadual waktu belajar
19. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri
20. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan
21. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai
22. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan
23. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku
24. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilakn otak yang sihat
25. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran-cabaran luaran seperti hiburan, aktiviti sukan berlebihan, melepak dan sebagainya
26. Menjaga keselamatan diri dari perkara-perkara membahayakan diri
27. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara pemakanan yang sihat
28. Jangan segan menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya
29. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu dan ibadat sunat yang lain
30. Sentiasa berdoa akan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan
31. Bertawakal dengan apa yang telah diusahakan

DOA QUNUT NAZILAH


DOA QUNUT NAZILAH
Rasulullah akan mengamalkan doa qunut nazilah apabila Islam dalam keadaan ditindas dan dizalimi oleh musuh-musuh Islam. Oleh sebab itu jadikanlah amalan kita membaca doa qunut nazilah setiap kali solat ataupun selepas solat. Ini merupakan sunnah Rasulullah.
Berikut adalah terjemahan doa qunut nazilah....

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam
Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.




Saturday, January 17, 2009

KEKEJAMAN YAHUDI LAKNATULLAH








Assalamualaikum..

Hari ini sudah 22 hari Regim Zionis Yahudi mengganas. Membunuh umat Islam yang tidak berdosa. Semalam saya menjadi Khatib di Masjid Mujahididn, Tabuan Jaya. Saya menyeru sidang Jumaat supaya sensitif dengan isu Palestin.Masjid Aqsa adalah milik umat Islam. Tempat Rasulullah diIsrakkan oleh Allah untuk menerima kewajipan solat. Tempat pertama umat Islam.

Wahai umat Islam,segera kita membantu umat Islam di bumi Palestin. Kasihilah umat Islam di Gaza khususnya kanak-kanak, pelajar sekolah dan orang tua.

Banyakkan qunut nazilah, solat hajat dan BOIKOT PRODUK yang menyumbang kepada YAHUDI LAKNATULLAH..

Isi khutbah yang sama juga telah saya sampaikan pada jumaat 9 Januari di Masjid Kenyalang Park bersebelahan The Spring.