Tuesday, January 20, 2009

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


01. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan
02. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa dan negara.
03. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
04. Membuat persedian awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal, atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
05. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
06. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
07. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
08. Sentiasa menghormati guru sama ada di dalam atau di luar kelas
09. Bersoal jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar
10. Sering memberi pandangan atau pendapat dalam proses pembelajaran dan ini dapat melatih dan mengasah ketajaman pemikiran
11. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah pelajari
12. Menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan
13. Mengadakan kumpulan perbincangan ( study group ) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan
14. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam
15. Membaca akhbar dan majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
16. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan
17. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri ( sendiri ) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenar, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran
18. Menyediakan jadual waktu belajar
19. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri
20. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan
21. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai
22. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan
23. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku
24. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilakn otak yang sihat
25. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran-cabaran luaran seperti hiburan, aktiviti sukan berlebihan, melepak dan sebagainya
26. Menjaga keselamatan diri dari perkara-perkara membahayakan diri
27. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara pemakanan yang sihat
28. Jangan segan menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya
29. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu dan ibadat sunat yang lain
30. Sentiasa berdoa akan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan
31. Bertawakal dengan apa yang telah diusahakan

No comments: