Alhamdulillah saya dapat berdakwah di bumi Miri. Tujuan saya pergi ke Miri untuk menjayakan Forum Ramadhan dan Kemerdekaan pada 31 ogos. Namun saya mengambil peluang pergi lebih awal kerana saya sedang bercuti penggal persekolahan. Dakwah di Miri bermula dengan tazkirah antara terawih di IKBN pada 29 & 30 Ogos, kuliah subuh di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri pada pagi 30 Ogos. Pada sebelah siangnya saya bersama isteri dan ditemani rakan baik, Nik Syazmizi sekeluarga berjalan-jalan sekitar Bandar Miri. Semoga perjalanan selama 3 hari 2 malam mendatangkan manfaat kepada diri yang serba kekurangan ini.
1 comment:
alhamdulillah, tahniah diucapakan untuk suami tersayang atas perjalanan dan ziarah dakwah yang amat bererti pada 29 hingga 31 Ogos yang lalu.sedang umat Islam menjalani ibadah puasa dan ada juga yang menyambut merdeka, alhamdulillah kita berdua telah dipilih oleh Allah untuk menyampaikan dakwah sambil berziarah di bumi Miri. walaupun ziarah yang amat singkat, namun ianya memberi kesan yang mendalam buat kami berdua. Di samping dapat menikmati keindahan Di Miri dan berbuka bersama rakan-rakan. Insyaallah, semoga Allah merahmati perjalanan dan ziarah kami di sana...
Post a Comment