Friday, January 29, 2010

PERNIAGAAN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH


Alhamdulillah saya dapat menghabiskan stok buku "Indahnya Hidup Bersyariat". Masih ada yang berminat tetapi stok sudah habis. Insyaallah saya akan cuba dapatkan buku tersebut sebagai satu bentuk bantuan yang boleh saya hulurkan untuk sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu agama.
Target saya bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi niat utama adalah ingin berdakwah melalui jualan buku. Hasil pengamatan saya, kuliah-kuliah di masjid dan surau lebih kepada pengisian masa lapang jemaah sebelum masuk waktu isyak. Tiada kesungguhan daripada jemaah untuk menuntut ilmu. Justeru, saya merasakan dengan jualan buku akan dapat membantu kefahaman jemaah yang menghadiri majlis ilmu. Mereka berpeluang membaca pada waktu lapang ataupun mengulang kaji sebelum kuliah disampaikan oleh ustaz jemputan. Dengan cara ini kuliah akan bersifat 2 hala iaitu jemaah dapat mengemukan soalan apabila mereka kurang faham tentang satu-satu permasalahan.
Saya bercita-cita ingin menulis buku sebagai bekalan saya untuk bertemu Allah. Namun untuk peringkat permulaan, saya mulakan niat murni ini dengan menjual buku karangan penulis lain terlebih dahulu.

No comments: