Friday, February 12, 2010

KEM BINA SAHSIAH (KBS '10)

Assalamualaikum...


Masih ada yang sayang. Itu adalah ucapan yang sesuai untuk pelatih-pelatih di Pusat Serenti yang sekarang dikenali dengan PUSPEN.Walaupun sebesar mana kesalahan yang pernah dilakukan tetapi ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Atas dasar itulah Insyaallah pada 19 dan 20 Februari 2010(Jumaat & Sabtu) akan diadakan Kem Bina Sahsiah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching.
Program ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching. Sasaran adalah pelatih fasa 2.3 dan 4 yang beragama Islam. Program akan bermula pada Jumaat malam dengan sesi pendaftaran dan muhasabah diri oleh Ustaz Mohd Izwan b Yusof, Pensyarah Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Pada keesokannya peserta akan berqiamullail seawal 3.30 pagi dengan diimamkan oleh Ustaz Tarmizi b Hussein Al-Hafiz, Imam 1 Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma.
Pada pukul 8.30 pagi peserta akan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Hj Yasmin b Hasyim, Guru SMK St Teresa, Kuching. Ceramah ini berkisar tentang "Makna Kehidupan Bertuhan". Selepas itu peserta akan dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi LDK(Latihan Dalam Kumpulan). Peserta akan dibantu oleh fasilitator terlatih untuk memantapkan lagi tentang penguasaan fardhu ain terutama persoalan solat. Fasilitator terdiri adalah daripada GPI(Guru Pendidikan Islam) sekitar Kuching. Majlis penutup akan diadakan pada 3.30 petang dan majlis bersurai dengan Solat Asar Berjemaah.

Justeru, untuk menjayakan program yang amat penting ini, sumbangan ikhlas daripada tuan-puan amat-amat dialu-alukan. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke dalam akan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Sila sms ke no 013-3789411(Ust Afnan Faiz Ridzuan) apabila membuat sumbangan untuk tujuan rekod.






No comments: