Monday, February 28, 2011

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA AKAN MELUASKAN PINTU REZEKI

Alhamdulillah pagi tadi saya mendapat sms daripada Ust Mahadi IPG Kampus Batu Lintang. Beliau menawarkan kepada saya untuk mengajar ustaz ustazah J-Qaf pada cuti sekolah bulan Mac nanti selama 10 jam. Tawaran sebagai tenaga pensyarah sambilan. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Namun saya terpaksa menolak kerana saya akan bercuti ke Limbang bersama keluarga. Sebelum ini pun saya pernah mendapat tawaran yang sama tetapi terpaksa menolak juga kerana saya telah membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung.

Bulan November 2010 yang lepas, saya telah mendapat tawaran pensyarah sambilan di Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS),JAKIM tetapi saya juga terpaksa menolak kerana saya akan menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa kerana ia akan meluaskan pintu rezeki.

2 comments:

Anonymous said...

ust nak tanya sikit...cth kita duk sarwak nie...tp mak ayah suruh balik kg halaman..tp kerja2 dakwah kat sini amat memerlukan kita...jadi cam ner ohh ust...

muazzam al mukahki...

afnan said...

1-7 thn ibu bapa kena manjakan ank. 7-14 kena terapkan disiplin..14-21 kena bersahabat..jd umur sekarang ibu bapa perlu bersahabat dgn kita..mksudnya kena ada komunikasi dan perbincangan..ibu bapa tidak boleh paksa ank ikut kehendak mereka..namun ank perlu menggunakan bahasa yg lembut & beradab..klu pintu perbincangan tertutup mungkin memaksa kita mengikut kehendak mereka, kita boleh meneruskan niat baik kita dlm pelbagai bentuk yg lain walaupun tidak berada di sarawak..cth sumbangan wang, idea dll..wallahu a'lam