Wednesday, June 22, 2011

TRAVELOG UMRAH - KERENAH AGENSI UMRAH

Alhamdulillah saya bersama ibu, isteri dan ibu mertua telah selamat mengerjakan umrah. Perancangan awal telah bermula pada tahun lepas dengan kami melihat pakej-pakej umrah yang disediakan oleh agensi-agensi umrah dan Tabung Haji Travel. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, kami membuat keputusan memilih pakej umrah yang disediakan oleh sebuah agensi umrah swasta yang beralamat di Alor Setar Kedah.

Kami telah memilih pakej semasa cuti sekolah dengan penerbangan Biman Airlines. Tarikh pilihan adalah pada 28 Mei hingga 11 Jun 2011 iaitu selama 14 hari termasuk hari pergi dan hari pulang ke Malaysia. Bayaran yang dikenakan setiap seorang adalah RM5450. Pada 28 Disember 2010 saya telah membuat pembayaran pendahuluan sejumlah RM4000 untuk 4 orang. Saya juga telah menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan visa termasuk pasport antarabangsa kepada agensi swasta tersebut. Harga yang ditawarkan kepada kami hanya RM5350 iaitu diskaun RM100 untuk setiap seorang.

Pada awal bulan Mei 2011, saya menelefon agensi umrah tersebut bertanya tentang bayaran penuh. Setelah mendapat jawapan daripada pegawai agensi umrah tersebut, saya dan isteri telah membuat pemindahan wang ke dalam akaun Tabung Haji ibu saya. Kakak bersama ibu telah pergi ke agensi tersebut untuk membuat pembayaran penuh.

Alangkah terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibu mertua tidak dapat pergi bersama kami kerana pembayaran pendahuluan tidak dibuat secara serentak. Justeru, pegawai itu mencadangkan ibu mertua pergi lebih lewat atau pun ibu, isteri dan ibu mertua perlu pergi terlebih dahulu dan saya akan menyusul kemudian. Apabila saya mendapat khabar berita tersebut daripada kakak, saya terus bercakap dengan pegawai tersebut menerusi telefon. Saya menjelaskan pembayaran deposit telah dibuat secara serentak pada 28 Disember 2010.

Apabila mendapat penjelasan daripada saya, beliau berjanji akan mencari penerbangan lain kepada kami berempat. Beliau memberitahu penerbangan pada 28 Mei telah penuh. Saya menanti penuh sabar jawapan daripada pegawai tersebut namun tiada jawapan. Maka saya telah menelefon pegawai tersebut. Beliau mencadangkan saya mengambil pakej pada 25 Mei dengan penerbangan Oman Air. Saya tidak bersetuju kerana tarikh tersebut belum cuti sekolah dan tiket pulang ke Kedah telah dipohon kepada Bahagian Pengajian Teknik dan Vokasional. Setelah berbincang panjang maka saya ditawarkan dengan pakej Emirates pada 31 Mei hingga 14 Jun. Saya bersetuju walaupun harga lebih mahal iaitu RM5800 setiap seorang.

Setelah mendapat jadual penerbangan menerusi email daripada pegawai tersebut, saya meminta ibu bersama adik membuat pembayar penuh sejumlah RM22800 untuk 4 orang. Namun 2 hari sebelum berlepas ke tanah suci, saya mendapat panggilan telefon memaklumkan jadual berkumpul di Stadium Darul Aman ditukar ke jam 11.00 pagi tetapi penerbangan tetap pada jam 7.30 malam pada 31 Mei di KLIA. Setelah berbincang dengan abang kerana meragui masa penerbangan, saya menelefon kembali agensi tersebut untuk mendapat kepastian tentang waktu penerbangan. Pada kali ini beliau memberitahu jadual penerbangan adalah pada pukul 2.00 pagi pada 1 Jun.

Keesokannya sehari sebelum berlepas ke Jeddah, saya sekali lagi mendapat panggilan daripada agensi tersebut. Beliau memaklumkan pakej tersebut berharga RM5900. Justeru, beliau meminta baki bayaran sejumlah RM200 bagi setiap seorang. Saya menjelaskan bayaran yang ditawarkan kepada kami hanya RM5800 tetapi setelah diskaun harga pakej hanya RM5700 dan bayaran telah dibuat sepenuhnya. Setelah mendapat penjelasan tersebut beliau berpuas hati dan beliau meletakkan telefon.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum:

Sekadar berkongsi pengalaman k. Ahsan ustaz pergi umrah melalui agensi umrah spt TH n Andalusia. Kalau yg lain tu mmg sll dgr kes mcm ustaz. Pesan kat kawan2. Saya bukan promosi TH & Andalusia buat kepentingan diri saya tetapi jika MEREKA MELAKUKAN KESILAPAN MCM NI & TERSEBAR KELEMAHAN TU, MEREKA AKAN BERISIKO TINGGI UTK MENCARI PELANGGAN BUAT MASA SETERUSNYA.

Sebab tulah saya hanya guna TH nak elak kes mcm nei.
Us, saya ustz habibah dr TUNAZ.

afnan said...

ya setuju ustazah..ana pun pesan kt kwn2 klu nk g umrah dgn TH atau andalusia..insyaallah kita akan selesa wat ibadat..

Faiz Ezra said...

syukran atas info ni