Friday, April 23, 2010

KEM ANAK SOLEH

Insyaallah malam esok akan diadakan Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajrin, Taman Matang Jaya. Program ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching. Penyertaan awal sehingga hari ini sekitar 90 orang peserta. Berikut merupakan tentatif program

TENTATIF PROGRAM

Sabtu ( 24 April 2010)

8.30 mlm : Pendaftaran

9.00 mlm : Taklimat Program

9.15 mlm : Pecah Bendung

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Muhasabah diri Oleh : Ust Mohd Nazmi Abd Ghani,IPTAR

12.00 mlm : Tidur

Ahad (25 April 2010)

3. 30 pg : Khidmat diri

4.00 pg : Qiamullail

5.15 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Mathurat

6.00 pg : Kuliah Subuh

7.00 pg : Riadhah Pagi/ Sarapan

8.00 p : Ceramah Motivasi

Oleh : Hj Yasmin b Hashim, SM St Teresa

9.45 pg : Minum Pagi

10.15 pg : Bengkel Solat

12.30 pg : Makan tengahari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

3.15 ptg : Majlis Penutup

4.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

4.30 ptg : Bersurai


Sumbangan tuan/puan adalah diharapkan untuk meringankan kos makan minum dan sebagainya. Program ini bukan berorientasi perniagaan, justeru peserta tidak dikenakan sebarang yuran atau dalam perkataan lain adalah PERCUMA. Sumbangan anda boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB no 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Sila sms kepada saya 013-3789411 selepas 'bank in' untuk tujuan rekod.Terima kasih


Friday, April 16, 2010

PUSAT DAKWAH SERANTAU



Masukkan sumbangan derma anda ke dalam akaun Pusat Dakwah Serantau: (This is Regional Dakwaa Center’s bank account for your reference:)
Atau CEK bayaran kepada “YAYASAN AMAL MALAYSIA”,dan hantar ke alamat di bawah:(Or send your cheque to below address:)
Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia27-2, Tingkat 2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.No Telefon:+6013-9279256 (Encik Abdul Hamid)

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pusatdakwahserantau.org/v1/




















Friday, March 12, 2010

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARKAT (OPKIM)

Insyaallah esok Sabtu, 13Mac akan diadakan program Operasi Khidmat Masyarakat di Kg Sungai Lumut anjuran Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching.Program akan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan bengkel solat untuk murid sekolah rendah dan pertandingan mewarna untuk murid pra sekolah. Mereka akan berehat untuk minum pagi pada pukul 10.30 pagi. Program akan bersambung semula pada pukul 11 pagi dengan motivasi keibubapaan yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Yusof. Sebahagian daripada kaum ibu akan bergotong royong menyediakan makan tengahari. Selepas itu semua hadirin akan bersolat zohor berjemaah dan makan tengahari. Acara kemuncak adalah ziarah dakwah ke rumah-rumah fakir miskin. Seramai 20 fakir miskin akan menerima sumbangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, minyak dan milo. Mereka juga akan mendapat pakaian terpakai yang masih elok hasil sumbangan Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya.
Sumbangan ini adalah kutipan derma ikhlas daripada orang ramai. Saya sahaja berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sejumlah RM330. Kepada semua penyumbang semoga Allah memberkati sumbangan ikhlas anda dan rezeki anda semua dimurahkan oleh Allah Taala

Wednesday, February 24, 2010

FORUM MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching akan menganjurkan forum maulidur seperti berikut :
Tarikh : 26 Februari 2010(Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Kg Sg Lumut
Moderator : Ust Mohd Nazmi b Abd Ghani, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Samarahan
Ahli Panel : Ust Shahrul Ramadhan, Pensyarah Kolej Komuniti
Ust Noreffendi b Da'an, GPI SMK St Teresa
Ustazah Julia Muhammadin, JPNS
Tarikh : 28 Februari 2010 ( Ahad)
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Masjid At-Taqwa, Gita
Moderator : Ust Mohd Nazmi b Abd Ghani, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Samarahan
Ahli Panel : Ust Afnan Faiz Ridzuan b Ahmad, GPI SM Teknik Kuching
Ust Muhammad b Ismail, Guru J-Qaf SK Che Buyong
Hj Yasmin b Hasyim, Guru Sejarah SMK St Teresa
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA KBS '10
















Friday, February 12, 2010

KEM BINA SAHSIAH (KBS '10)

Assalamualaikum...


Masih ada yang sayang. Itu adalah ucapan yang sesuai untuk pelatih-pelatih di Pusat Serenti yang sekarang dikenali dengan PUSPEN.Walaupun sebesar mana kesalahan yang pernah dilakukan tetapi ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Atas dasar itulah Insyaallah pada 19 dan 20 Februari 2010(Jumaat & Sabtu) akan diadakan Kem Bina Sahsiah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching.
Program ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching. Sasaran adalah pelatih fasa 2.3 dan 4 yang beragama Islam. Program akan bermula pada Jumaat malam dengan sesi pendaftaran dan muhasabah diri oleh Ustaz Mohd Izwan b Yusof, Pensyarah Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Pada keesokannya peserta akan berqiamullail seawal 3.30 pagi dengan diimamkan oleh Ustaz Tarmizi b Hussein Al-Hafiz, Imam 1 Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma.
Pada pukul 8.30 pagi peserta akan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Hj Yasmin b Hasyim, Guru SMK St Teresa, Kuching. Ceramah ini berkisar tentang "Makna Kehidupan Bertuhan". Selepas itu peserta akan dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi LDK(Latihan Dalam Kumpulan). Peserta akan dibantu oleh fasilitator terlatih untuk memantapkan lagi tentang penguasaan fardhu ain terutama persoalan solat. Fasilitator terdiri adalah daripada GPI(Guru Pendidikan Islam) sekitar Kuching. Majlis penutup akan diadakan pada 3.30 petang dan majlis bersurai dengan Solat Asar Berjemaah.

Justeru, untuk menjayakan program yang amat penting ini, sumbangan ikhlas daripada tuan-puan amat-amat dialu-alukan. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke dalam akan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Sila sms ke no 013-3789411(Ust Afnan Faiz Ridzuan) apabila membuat sumbangan untuk tujuan rekod.






Monday, February 8, 2010

PROGRAM TALAQQI KITAB

Program Talaqqi Kitab Fiqh akan diadakan setiap pagi Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini bermula pada 24 Januari 2010 dengan tenaga pengajar ialah Ustaz Anuar bin Jusoh, Guru J-QAF SK Rakyat Jln Hj Bolhassan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dan bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Moden, Yayasan Islam Kelantan. Terbuka kepada semua masyarakat Islam dan tiada yuran dikenakan. PERCUMA. Kelas diadakan di Pejabat Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching di alamat Taman Matang Jaya, Lorong 6A10, no 233..Kitab yang digunakan adalah kitab fathul muin sebuah kitab turath yang berautoriti dalam mazhab Syafie..Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).