Thursday, May 26, 2011

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Alhamdulillah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam sekitar Bandar Kuching sehingga malam ini walaupun esok pagi saya akan pulang ke kampung halaman. Antara topik yang disampaikan sepanjang minggu lepas dan minggu ini adalah mengenai alamat kecil kiamat.

Sebagai umat Islam kita wajib beriman dengan Hari Akhirat. Mengapakah Hari Akhirat penting? Jawapannya adalah kerana dunia tidak menjamin keadilan kepada penghuninya namun akhirat akan memberi keadilan kepada semua manusia. Sebagai contoh, seorang perompak boleh hidup mewah hasil daripada harta rompakan tetapi dia terlepas daripada hukuman di dunia kerana beliau merupakan seorang perompak yang licik. Seorang pekerja bawahan yang rajin dan bertanggungjawab namun majikan tidak memandang pengorbanan beliau sehingga organisasi tersebut maju. Namun dengan adanya Hari Akhirat maka semua manusia akan mendapat balasan berdasarkan amalan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Manusia yang bijak adalah manusia yang bermuhasabah tentang diri sendiri dan melakukan amalan untuk hari selepas kematian. Kita akan menjadi manusia yang berpandangan jauh dan memikirkan baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Semua ini adalah hasil beriman kepada Hari Akhirat.

1 comment:

isma daud said...

Salam Ustaz, syukur ustaz terus gigih menyampaikan ilmu dan dakwah di Bumi Sarawak ini. Semasa mampu gunakan ia sebaik mungkin. Tidak ramai ustaz kita yang bersedia menabur bakti diluar waktu rasmi kerjanya untuk menyumbang kepada masyarakat luar sana. Di Kuching masyarakat sudah ada kesedaran beragama berbanding tempat lain di Sarawak.

Saya, walaupun ruang itu telah terbatas insya Allah akan terus menabur ilmu di Sibu sekadar yang terdaya. Walaupun banyak halangan di sini, belum mematahkan semangat saya untuk terus berbakti selagi hayat dikandung badan.

Tahniah , ustaz !!!