Monday, May 24, 2010

PETUA 5S & 5A UNTUK BERJAYA



Pada hari ahad 16Mei yang lepas dalam perjalanan balik dari ekspedisi dakwah ke Kg Sawai, kami singgah di SMKA Sibu untuk makan tengahari dan Solat Zohor dan Asar secara Jamak Taqdim. Kebetulan pada waktu itu YB Dato' Ahmad Mazlan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah singgah untuk Solat Zohor di surau sekolah tersebut. Beliau dalam rangka meninjau perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Sibu. Selepas solat beliau mengambil peluang memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar SMKA Sibu. Beliau menekankan tentang formula untuk berjaya yang diamalakan oleh beliau iaitu 5S & 5A. 5S yang dimaksudkan ialah solat, semangat, sungguh-sungguh, sama-sama dan sistematik. Manakala 5A pula ialah amanah, akhlak, akrab,aktif dan ambicious.

Saya menyalin formula yang diberikan oleh beliau walaupun beliau bukanlah tokoh yang saya kagumi. Ini kerana Islam mengajar saya berfikiran positif dan rasional. Berdasarkan hadis nabawiyyah Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :" Hikmah itu sesuatu yang hilang dariapda orang mukmin. Dimana kamu menjumpainya maka ambillah". Justeru, mari sama-sama mengamalkan formula ini.

Thursday, May 20, 2010

PENGALAMAN BERDAKWAH DI KG SAWAI, DARO MUKAH















Pada 14 hingga 16 Mei 2010 yang lepas saya bersama-sama rombongan daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sarawak telah menyertai Ekspedisi Dakwah ke Kg Sawai, Daro Mukah. Rombongan kami disertai seramai 40 orang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam sekitar Kuching dan Kota Samarahan, Doktor Perubatan dan Sukarelawan Urusetia Saudara Kita. Kami bertolak selepas mendirikan Solat Subuh secara berjemaah di Islamic Information Centre. Perjalanan kami mengambil masa hampir 9 jam dengan menaiki bas. Kami singgah di Serian pada pukul 7 pagi untuk sarapan. Selepas perjalanan diteruskan lagi hingga kami singgah sebentar di Sarikei untuk makan tengahari dan Solat Jumaat. Selesai solat jumaat, kami meneruskan lagi perjalanan hingga sampai di Bandar Sibu. Kami dapat melihat kemeriahan kempen pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Selepas itu kami terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana jalan ladang kelapa sawit yang sangat mencabar. Jalan ini tidak boleh dilalui oleh bas. Perjalanan menaiki Hilux mengambil masa selama 30 minit. Begitu mencabar sekali. Saya terfikir bagaimanakah pendakwah pada dahulu boleh sampai di kawasan pendalaman semata-mata untuk menyebarkan dakwah Islam. Sudah tentu pada masa itu jalan lebih sukar daripada zaman sekarang.

Selepas itu kami terpaksa menaiki bot pula untuk sampai ke Kg Sawai. Satu-satu kenderaan yang boleh sampai ke Kg Sawai hanyalah bot. Pengalaman yang sungguh menarik menaiki bot selama 20 minit. Kemudian kami sampai dengan selamat. Ketibaan kami disambut oleh penduduk kg. Mereka semua bgitu teruja dengan kehadiran kami.

Selepas minum petang dan mandi air sungai kami bersiap-siap untuk solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat maghrib, kami bersama-sama penduduk kg mendengar sesi tazkirah. Namun tazkirah pada malam tersebut begitu unik kerana isi tazkirah perlu diterjemah ke dalam Bahasa Melanau. Rata-rata penduduk kg yang sudah veteran tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Sarawak. Maka terlintas daalm fikiran kami, setiap pendakwah perlu memahami dan menguasai bahasa dan budaya setempat supaya isi dakwah boleh sampai kepada mad’u dengan lebih berkesan. Justeru dalam ucapan aluan oleh Ust Md Ahir Hj Ahmad, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN mencadangkan kelas bahasa setempat seperti Bahasa Melanau, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Iban kepada semua pendakwah. Ini akan memudahkan pendakwah berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Kemudian kami semua mendengar sesi taklimat Zakat daripada Pegawai Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu. Namun begitu bagi kami taklimat tersebut kurang tepat kerana penduduk kg terdiri daripada orang miskin yang mana mereka yang memerlukan wang zakat. Justeru itu, sepatutnya pegawai Baitulmal perlu memfokuskan kepada penerangan bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan wang zakat dan bantuan. Inilah yang lebih tepat daripada memfokuskan isi taklimat kepada kewajiapan zakat dan jenis-jenis zakat yang wajib dibayar oleh umat Islam.

Selepas itu makan malam bersama-sama penduduk tanpa mengira agama. Hidup dalam keadaan cukup harmoni walaupun berbeza agama dan kepercayaan. Kemudian kami tidur seketika dengan hanya beralaskan kain pelikat tidur di atas lantai kayu dalam kelas. Ini semua mengajar kami bersyukur dengan nikmat daripada Allah.

Keesokannya jadual dakwah kami begitu padat. Dalam masa yang sama berlangsung 3 acara iaitu motivasi untuk pelajar, kaunter perubatan moden dan kaunter perubatan Islam. Inilah keindahan Islam apabila pendudukan beragama Kristian datang berjumpa dengan ahli Darus Syifa' mohon didoakan supaya sembuh daripada sebarang musibah dan penyakit.

Selepas makan tengahari penduduk kg mengikuti Bengkel Solat dan penyembelihan. Selepas itu mereka bersama-sama dengan pelajar menyertai sukaneka. Remaja lelaki pula menyertai pertandingan bola sepak. Pasukan JPN kalah 6-0 kepada remaja kg sawai. Ternyata mereka begitu hebat berbanding kami yang jarang-jarang bersukan.

Kami menaiki bot untuk melihat pandangan kg selepas penat menyertai sukaneka dan pertandingan bola sepak. Program diteruskan lagi dengan solat maghrib, kuliah maghrib,solat Isyak dan BBQ. Alhamdulillah kami kekenyangan pada malam tersebut menikmati udang galah. Begitu enak dan segar sekali.

Kemudian kami diagihkan kepada keluarga angkat. Saya bersama saudara Sofwan Abdullah tidur di rumah yang sama. Kami tidur lewat pada malam tersebut. Saudara Sofwan ingin berkongsi nikmat Islam dan Iman dengan keluarga angkat.'Program Tanyalah Ustaz' secara ulangan pada pukul 1-2 pagi dikendalikan oleh Saudara Sofwan. Saya hanya menjawab kemusykilan yang gagal dijawab oleh beliau. Saya dapat melihat kesungguhan beliau menyebarkan ilmu.

Keesokannya selepas solat subuh dan sarapan kami bertolak meninggalkan kg sawai pada 9 pagi. Pengalaman yang sungguh indah. Namun ekspedisi ini dianggap tidak berjaya jikalau tiada usaha berterusan daripada berwajib seperti JAIS dan Tabung Baitulmal Sarawak dalam memastikan penduduk Kg Sawai celik agama.

Friday, May 7, 2010

TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD



Permohonan saya untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad tiada rayuan. Namun saya telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke program Ijazah Tinggi, Universiti Malaya Semester 1 Sesi 2010/2011. Saya dikehendaki mendaftar pada 2 Julai 2010 dan selewat-lewatnya pada 9 Julai 2010. Tawaran ini hanya sah untuk semester 1 sesi 2010 sahaja. Ini bermakna pengajian ini tidak boleh ditangguhkan.Jadi ini merupakan tawaran kali ketiga namun sehingga ke saat ini saya masih belum berpeluang menyambung pengajiaan ke peringkat sarjana.

Saya hampir kecewa dan putus asa. Namun saya harus menerima cabaran dan dugaan daripada Allah. Tiada yang mudah dalam dunia ini. Hendak berjaya seseorang harus berjiwa kental dan sabar mengharungi cabaran yang mendatang.

Sebelum ini saya pernah memohon bertukar ke Kuala Lumpur untuk memungkinkan saya dapat menyambung pengajian namun permohonan tersebut juga ditolak. Jikalau saya bertugas di Kuala LUmpur maka saya aakn berpeluang belajar secara sambilan kerana kuliah diadakan pada pukul 3 hingga 6 petang pada hari-hari bekerja. Tiada kuliah pada hujung minggu. Namun jikalau saya berkhidmat di Kuching, saya memang tidak berpeluang menyambung pengajian secara Kursus dan Penyelidikan.

Saya amat suka tinggal di Kuching. Bumi Kenyalang amat subur untuk dakwah. Disinilah saya belajar tentang dunia dakwah. Di Kuching jugalah saya mengasah bakat sebagai pendakwah, penceramah, khatib dan pengkuliah. Sepanjang saya menyebarkan ilmu terasa diri ini terlalu kerdil. Masih banyak ilmu yang belum saya kuasai. Justeru saya perlu menambahkan ilmu.

Walaupun suatu hari nanti saya pulang ke semenanjung untuk menyambung pengajian namun bumi Sarawak amat dekat di hati. Saya masih boleh menyumbang walaupun tidak lagi berada di Sarawak. Sekarang dunia canggih dan geografi yang jauh tidak menjadi masalah. Jikalau hendak seribu daya.Terus berjuang insyaallah.

Thursday, May 6, 2010

EKSPEDISI DAKWAH KE KG SAWAI, DARO MUKAH



Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung mesyuarat Ekspedisi Dakwah ke Kg Sawai di Tingkat 9 Jabatan Pelajaran Sarawak.Ini merupakan perkembangan positif kepada dakwah apabila Jabatan Pelajaran Sarawak dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita, Majlis Islam Sarawak, JAKIM dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak berganding bahu menganjurkan program yang dijadualkan akan diadakan pada 14,15 dan 16Mei 2010. Walaupun JPN tiada peruntukan untuk program ini namun berkat kerjasama semua pihak insyaallah program tersebut akan berjalan dengan lancar.

Pada akhir mesyuarat, Saudara Helmi Pengerusi USK telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM2000 untuk program tersebut. Pihak JAKIM pula akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan untuk makan malam. Insyaallah rundingan akan diadakan dengan pihak Bank Rakyat dan Tabung Haji serta Tabung Baitulmal Sarawak untuk mendapatkan peruntukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Saya mendoakan semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan program-program seumpamanya akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Friday, April 23, 2010

KEM ANAK SOLEH

Insyaallah malam esok akan diadakan Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajrin, Taman Matang Jaya. Program ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia Unit Kuching. Penyertaan awal sehingga hari ini sekitar 90 orang peserta. Berikut merupakan tentatif program

TENTATIF PROGRAM

Sabtu ( 24 April 2010)

8.30 mlm : Pendaftaran

9.00 mlm : Taklimat Program

9.15 mlm : Pecah Bendung

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Muhasabah diri Oleh : Ust Mohd Nazmi Abd Ghani,IPTAR

12.00 mlm : Tidur

Ahad (25 April 2010)

3. 30 pg : Khidmat diri

4.00 pg : Qiamullail

5.15 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Mathurat

6.00 pg : Kuliah Subuh

7.00 pg : Riadhah Pagi/ Sarapan

8.00 p : Ceramah Motivasi

Oleh : Hj Yasmin b Hashim, SM St Teresa

9.45 pg : Minum Pagi

10.15 pg : Bengkel Solat

12.30 pg : Makan tengahari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

3.15 ptg : Majlis Penutup

4.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

4.30 ptg : Bersurai


Sumbangan tuan/puan adalah diharapkan untuk meringankan kos makan minum dan sebagainya. Program ini bukan berorientasi perniagaan, justeru peserta tidak dikenakan sebarang yuran atau dalam perkataan lain adalah PERCUMA. Sumbangan anda boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB no 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Sila sms kepada saya 013-3789411 selepas 'bank in' untuk tujuan rekod.Terima kasih


Friday, April 16, 2010

PUSAT DAKWAH SERANTAU



Masukkan sumbangan derma anda ke dalam akaun Pusat Dakwah Serantau: (This is Regional Dakwaa Center’s bank account for your reference:)
Atau CEK bayaran kepada “YAYASAN AMAL MALAYSIA”,dan hantar ke alamat di bawah:(Or send your cheque to below address:)
Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia27-2, Tingkat 2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.No Telefon:+6013-9279256 (Encik Abdul Hamid)

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pusatdakwahserantau.org/v1/