Semalam bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Pesta buku ini bermula mulai 17 April hingga 26 April 2009.
Alangkah gembiranya jikalau saya berada di KL. Saya begitu teruja dengan pesta buku. Tahun 2007 yang lepas saya sempat pergi ke Pesta Buku Islam Antarabangsa di Kelantan. Saya telah membelanjakan duit untuk membeli buku tafsir al-Munir karangan Syeikh Wahbah Suhaili, Hukum Solat Jamak dan Qasar karangan Prof Madya Dato’ Salleh Ahmad dan pelbagai buku yang lain.
Pada tahun ini saya melihat pelbagai judul buku yang menarik telah diterbitkan. Saya berhajat membeli buku-buku tersebut. Namun saya tidak berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada kali ini. Jikalau tidak tentu saya akan mendapat harga istimewa.
Saya mengharapkan Pesta Buku juga akan diadakan di Sarawak. Pembudayaan membaca buku perlu digalakkan kepada penduduk Sarawak. Dengan membaca buku kita akan dapat menambah ilmu. Selain itu, kita juga mendapat pelepasan cukai sebagai RM1000 apabila membeli buku. Ayuh kita semua menyahut perintah Allah supaya kita membaca dengan nama Allah.

3 comments:
Haha, jangan jealous
aku nak pi dah ni
banyak nak beli ni, siap buat list lagi
hahaha
Salam, akhi. lama tak jumpa nta. semoga bumi yang nta pijak sentiasa riuh dengan dakwah nta :-)
Baru jumpa blog ustaz. Di Sarawak ada juga pesta buku. Tahun lepas ana pergi, pesta buku atas kapal Doulus anjuran mubaligh Kristian. Pergi tu sebab nak tengok apa musuh-musuh Islam ni buat. Pesta buku atas kapal ni dapat sambutan juga. Mereka (musuh-musuh Allah) merancang dan bertindak untuk menyesatkan manusia, kita juga merancang dan bertindak untuk menyelamatkan umat.
Post a Comment