Tuesday, August 17, 2010

JAHILNYA AKU

Alhamdulillah Allah telah memberi nikmat kepada saya iaitu nikmat dapat menuntut ilmu dengan alim ulama'. Saya pernah berguru dengan Dato'Hamid Tahir, Dato' Fadzil Awang, Syeikh Yusof Ahmad, Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, Dato' Salleh Ahmad, Datin Prof Madya Naemah, Datin Prof Madya Faezah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Hayy Abdul Syukur dan ramai lagi. Inilah nikmat yang begitu besar yang Allah telah kurniakan kepada saya. Saya sentiasa mengambil peluang yang ada untuk menuntut ilmu daripada mereka.

Sekarang saya sudah bergelar pendidik dan pendakwah. Namun saya masih lagi berguru dengan Ust Anuar Jusoh dan Ust Muhammad Ismail. Selain itu saya juga dapat bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Kadang-kadang saya akan menjadi pengiring kepada mereka dan peluang ini saya gunakan untuk menimpa mutiara-mutiara ilmu daripada mereka.

Ahad lepas 15 Ogos 2010, saya berpeluang menemani Ust Abd Rahman Che Soh untuk menyampaikan tazkirah di Masjid Taman Malihah. Sepanjang perjalanan saya dapat mengutip banyak ilmu daripada beliau. Salah satu pengajaran yang saya dapat adalah sifat tawaduk. Beliau begitu tawaduk walaupun mempunyai ilmu yang banyak. Beliau tidak berbangga diri dengan ilmu yang dimiliki di dada.

Justeru, berdamping dan berkawanlah dengan ulama kerana mereka adalah pewaris nabi.

No comments: