Monday, August 2, 2010

JAUHI ZINA

Pada jumaat lepas 30 Julai saya begitu terkejut dengan pengakuan jujur 2 orang pelajar saya. Kedua-dua mereka mengaku berulang-ulang kali melakukan zina. Bukan sekali tetapi berulang-ulang kali kerana sudah ketagih. Astagfirullah inilah tanda kecil kiamat. Zina menjadi perkara biasa dalam masyarakat.

Seorang pelajar mengaku berzina dan mengamalkan seks bebas dengan bertukar-tukar pasangan. Dia pernah berzina dengan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan paling tua pasangannya berusia 24 tahun. Lokasi untuk dia memuaskan nafsu secara haram adalah di rumah kawan-kawan ataupun di hotel-hotel murah sekitar Kuching. Saya bertanya kepada beliau :" Kamu ambil duit daripada mana untuk bayar hotel?. Berapa ringgit satu malam?. Dia menjawab :"Murah je ustaz, RM50 sahaja. Setiap kali datang ke sekolah ibu bapa saya bagi wang saku sebanyak RM5. Jadi duit itu saya simpan sikit-sikit. Kadang-kadang emak saya bekalkan makanan kepada saya. Jadi duit tersebut saya tidak guna. Duit itulah yang saya gunakan untuk menyewa hotel.Kadang-kadang teman wanita saya yang membayar sewa hotel. Dia kan sudah bekerja ustaz. Umur 24 tahun. Jadi dia yang belanja saya". Saya mengucap panjang. Terdapat juga perempuan dalam dunia ini yang begitu murah maruah diri sehingga sanggup membayar dan mengeluarkan duit hanya semata-mata untuk nafsunya dipenuhi.

Saya bertanya lagi :" Kamu tidak takut kepada Allah? Kamu tidak takut pegawai pencegas maksiat tangkap kamu?. Dia menjawab lagi : " Erm, takut juga ustaz. Tapi ketagih ustaz. Lagi pun pegawai pencegah maksiat tidak buat serbuan di hotel tersebut kerana lokasinya tersembunyi sedikit. Satu lagi di tingkat bawah dijadikan kedai makan. Bahagian atas sahaja dijadikan hotel. Oleh sebab itu pegawai JAIS tidak akan mensyaki terdapat hotel murah di situ". Saya bertanya lagi :" Kamu tidur di hotel, ibu bapa tidak bising? Mengapa kamu tidak balik tidur di rumah. Kamu tidak takut dia mengandung ke? Ataupun kamu pakai kondom? Dia menjawab dengan penuh bangga tanpa menunjukkan reaksi bersalah :" Saya beritahu ayah saya bahawa saya tidur di rumah kawan. Ayah bukan hendak siasat di mana saya tidur. Saya tidak pakai kondom.Original, ustaz. Tapi saya yakin dia tidak akan mengandung kerana saya pancut di luar". Saya amat-amat sedih. Saya berdoa di dalam hati : "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa pelajar aku. Masukkanlah iman dan hidayah ke dalam hati-hati dan jiwa-jiwa mereka Ya Allah"


Saya bertanya pula kepada seorang pelajar lagi. Kamu berzina di mana? Kamu pun sewa hotel juga ke? Dia menjawab :" Saya tiada duit. Jadi saya berzina di taman-taman bunya je". Saya terfikir inilah akibatnya apabila cetek ilmu agama, iman begitu lemah dan kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa menyebabkan mereka begitu mudah melakukan dosa besar yang terkutuk.

Saya bertanya lagi : " Kamu selalu keluar dengan teman wanita kamu? Dia menjawab : Selalu, saya pergi ambil dia di rumah. Saya bertanya dengan penuh kehairanan : " Mak ayah dia tidak marah kamu? Bawa anak dia keluar jalan-jalan? Dia menjawab : " Mak ayah dia sporting. Mereka anggap saya kawan biasa kepada anak mereka. Jadi bolehlah saya bawa dia keluar" . Inilah masalah utama apabila ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab. Bersifat dayyus dengan tidak menegur kemungkaran yang dilakukan oleh anak. Pengetahuan ibu bapa yang cetek menyebabkan perkara mungkar dianggap tidak salah dan tidak berdosa.

Berdoalah kepada Allah :" Ya Allah tunjukkanlah kepada kami perkara yang hak itu adalah benar. Kurniakan kepada kami hidayah supaya kami mampu melakukannya. Dan tunjukkanlah kepada kami perkara yang batil sebagai yang batil. Mudah-mudahan kami dapat menjauhinya".

No comments: