Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008 : BAGAIMANA PENCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAM




PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini.
Ulasan saya

Alhamdulillah pelajar sekolah mendapat keputusan cemerlang di SPM 2008. Pelajar cemerlang adalah saudara Marco dengan mendapat 9A. Saya berkongsi kegembiraan walaupun saya tidak mengajar beliau tetapi beliau merupakan pengawas sekolah. Lembaga Pengawas Sekolah adalah dibawah tanggungjawab yang mana saya bertanggungjawab sebagai guru penasihat. Seorang lagi pelajar cemerlang bagi aliran teknikal ialah David dengan 8A. Namun beliau tidak hadir ketika keputusan diumumkan kerana beliau sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas dengan dibiayai oleh Petronas.

Manakala dua orang pelajar cemerlang untuk aliran vokasional ialah Hasmidah dan Mohd Idris Duen. Mereka berdua merupakan pelajar saya. Mohd Idris Duen mendapat 6A dan Hasmidah mendapat 4A. Hasmidah ketika diumumkan sebagai pelajar cemerlang aliran vokasional, beliau mengatakan antara tips kejayaan beliau ialah menjaga solat, melazimi qiamullail, membaca al-Quran dan solat hajat.

Mohd Idris dan Hasmidah mendapat 2A untuk subjek Pendidikan Islam. Tiada pelajar yang mendapat 1A bagi subjek Pendidikan Islam. Saya mengucapakn syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Namun perlu diingatkan, keputusan SPM bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menilai tahap kemampuan pelajar khususnya dalam subjek Pendidikan Islam. Pelajar hanya dinilai dari aspek kognitif sahaja. Mereka hanya diuji dari segi kefahaman, hafalan dan pengetahuan sahaja. Sebab itu tidak hairan pelajar yang mendapat kredit dalam Pendidikan Islam namun dari segi penghayatan masih lemah. Saya sedikit sedih dan terkilan melihat pelajar-pelajar pada hari diumumkan SPM. Pelajar lelaki memakai rantai sedangkan mereka semua tahu bahawa rantai adalah haram untuk lelaki. Rantai adalah perhiasan yang khusus untuk perempuan. Rasulullah bersabda :"Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki". Semua ini diulas dengan begitu panjang oleh Imam Zahabi di dalam kitab beliau al-kabair.

Pelajar-pelajar perempuan pula tidak lagi memakai tudung. Kecewanya saya. Ilmu yang saya berikan kepada mereka tidak diamalkan. Namun kesedihan saya terubat apabila teringatkan ayat Al-Quran yang bermaksud :"sesungguhnya kamu tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai tetapi Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya". Ayat ini diturunkan oleh Allah kerana Rasulullah bersedih melihat bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan keadaan kufur. Rasulullah berdakwah kepada Abu Talib tetapi beliau enggan memeluk Islam kerana beliau bimbang kedudukan beliau akan tergugat sebagai pembesar Mekah apabila mengucap kalimah syahadah.

Saya juga sempat berbual-bual dengan bekas pelajar saya."Macam keputusan kitak?ok kah?" Mereka menjawab :"ok ustaz. ni slip keputusan saya". Mereka menunjukkan kepada saya. "Tahniah. Memang bagus keputusan kamu. Pendidikan Islam pun bagus". "Apa perancangan kamu selepas ini? Nak sambung mana? Mereka menjawab:" sik tau lagi ustaz. Tengok dua la" Saya menasihati mereka :"
belajarlah. awak masih muda. tapi jangan lupa solat. amalkan islam dalam kehidupan. ilmu yang kamu dapat mesti diamalkan. bukan untuk lulus dalam peperiksaan saja"
Sebagai ingatan buat semua, sama-samalah kita hayati pesanan Imam Ghazali :"celakalah orang jahil sehinggalah mereka berilmu, celakalah orang yang berilmu sehinggalah mereka beramal dengan ilmu yang mereka miliki, celakalah orang beramal sehinggalah mereka beramal dengan ikhlas.

2 comments:

pejuang marhain said...

salam perjuangan... pak nan, tgk laman blog teman... seronok la ni duduk di kawasan borneo...

pejuang marhain said...

www.suaramarhain.blogspot.com