Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. Mukjizat ini kekal sehingga ke hari Kiamat dan kita dapat melihat dan mengkaji betapa agung dan hebatnya mukjizat Al-Quran. Isi kandungan Al-Quran tidak mampu ditiru dan diubah oleh mana-mana manusia. Bahasa Al-Quran begitu indah dan isi kandungannya mengandungi pelbagai jenis ilmu. Allah mencabar manusia untuk mencipta satu ayat atau surah yang standing dengan Al-Quran namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun manusia yang mampu meniru kehebatan Al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 hingga 24 yang bermaksud :”Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir”.
Tanggungjawab setiap ibu bapa mengajar anak tentang Al-Quran. Anak-anak perlu didedahkan semenjak kecil lagi dengan Al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Ajarkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu mencintai nabi kamu, membaca Al-Quran dan mencintai keluarga Rasulullah”.
Namun malang pada hari ini, ibu bapa kurang mementingkan soal pendidikan Al-Quran. Mereka kurang bimbang apabila anak-anak mereka kurang mahir membaca Al-Quran tetapi amat bimbang dan susah hati apabila anak-anak mereka ketinggalan dan lemah dalam pencapaian akademik. Mereka akan berusaha mendapatkan tuisyen untuk anak-anak mereka bagi mengatasi masalah anak mereka yang lemah dalam subjek-subjek akademik. Saya tidak mengatakan tindakan ini salah tetapi mengapa tindakan yang sama diambil apabila anak mereka tidak dapat membaca Al-Quran.
Kita bertanggungjawab melahirkan generasi Al-Quran yang unik seperti yang telah ditegaskan oleh Sayyid Qutub. Justeru itu, kita perlu mengambil peluang daripada program J-Qaf di sekolah-sekolah rendah untuk menyemai perasaan cinta kepada Al-Quran. Pelajar akan didedahkan dengan Al-Quran semenjak kecil lagi. Manakala di peringkat sekolah menengah pula terdapat Majlis Tadarus Quran (MTQ). Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan serta hafazan kategori lelaki dan perempuan. Semua ini merupakan usaha murni yang patut dipuji oleh semua lapisan masyarakat dan digunakan sepenuhnya untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran.
26 Mac yang lepas merupakan detik yang bersejarah kepada SM Teknik Kuching kerana berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori perempuan untuk acara Tilawah Al-Quran. Saudari Nur Bazilah bt Banyuk dari kelas 5PM membuktikan pelajar sekolah menengah biasa juga boleh menguasai Al-Quran dengan baik. Al-Quran bukan milik ustaz,ustazah dan pelajar-pelajar sekolah agama sahaja. Namun semua umat Islam boleh menguasai Al-Quran jikalau belajar dengan bersungguh-sungguh.

Jadikan cita-cita setiap ibu bapa untuk melahirkan seorang hafiz atau hafizah daripada keluarga mereka. Negara amat memerlukan golongan doktor, jurutera, peguam dan golongan-golongan profesional yang hafiz dan mahir Al-Quran.
No comments:
Post a Comment