Tuesday, August 31, 2010
IFTHAR JAMAIE @ SMTKu
Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam SMTKu telah berjaya menganjurkan Iftar Jamaie pada 27 Ogos yang lepas. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun secara tidak langsung diucapakan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada kita semua. Amin
ZIARAH DAKWAH @ TEBEDU
Alhamdulillah pada 22 Ogos yang lepas, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita (USK) dan Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengadakan ziarah dakwah ke perkampungan saudara kita. Sebanyak 17 keluarga telah memeluk Islam. Rombongan ini bertolak selepas solat Zohor dari Masjid Solahuddin Ayubi, Kem Penrisen. Apabila sampai, rombongan muslimat sibuk menyediakan juadah berbuka puasa secara gotong-royong. Pasukan perubatan pula sibuk membuka kaunter rawatan percuma manakala rombongan muslimin berkunjung rumah ke rumah sambil menghulurkan sekotak kurma.
Selepas berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah, satu majlis penyerahan sumbangan barang dapur dan duit raya kepada 17 keluarga muslim. Kemudian semua hadirin telah bersolat terawih dan witir.
Semoga program ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Wednesday, August 18, 2010
MARILAH KITA BERBUAT AMAL PADA BULAN RAMADHAN
Amat bertuah dan beruntung manusia yang mendapat rezeki melimpah ruah daripada Allah. Manusia yang beriman akan mengingati dan memahami bahawa dalam harta mereka terdapat hak orang-orang tertentu samada hak orang miskin yang meminta-minta atau pun yang tidak meminta-minta. Justeru, orang mukmin yang kaya akan menggunakan nikmat kekayaan tersebut untuk semakin dekat dengan Allah dengan cara menginfakkan harta mereka pada jalan Allah. Lihat sahaja sahabat-sahabat nabi seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Omar al- Khattab dan Saidina Abd Rahman bin Auf yang telah membelanjakan harta mereka untuk menolong fakir miskin dan perjuangan Islam yang mulia ini.
Sempena bulan ramadhan ini, terdapat sebuah hadith yang boleh menjadi motivasi kepada semua umat Islam untuk berbuat amal kebajikan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :" Barang siapa yang memberi seseorang berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang dia beri makan tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa tadi". Namun bukan semua manusia yang mampu memberi makan untuk orang berbuka puasa. Kalau tidak mampu maka lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing.
Saya secara peribadi tidak mampu memberi dan menyediakan juadah berbuka kepada orang-orang berpuasa dalam kapasiti yang besar. Saya hanyalah guru biasa di sekolah. Duit gaji hanya cukup untuk saya sekeluarga dan sedikit untuk perbelanjaan emak dan adik-beradik di kampung. Namun berkat nikmat ilmu yang Allah berikan kepada saya maka galakan Rasulullah tadi dapat dilaksanakan walaupun saya tidak mempunyai wang yang banyak.
Melalui platform Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak kami merancang akan mengadakan majlis berbuka puasa. Kami tidak mendapat geran daripada kerajaan. Kekangan kewangan tidak menjadi halangan kepada kami tetapi kami tukarkan masalah tadi untuk menjadikan kami lebih kreatif. Kami telah menghantar surat-surat memohon sumbangan kepada badan-badan korporat dan bank-bank.
Alhamdulillah hasil perbincangan panjang lebar dengan pegawai Kuwait Finance House, insyaallah satu Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma untuk 200 orang jemaah. Majlis tersebut akan diadakan pada 29 Ogos 2010 nanti. Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kuwait Finance House.
Mudah-mudahan sedikit usaha yang kami lakukan akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Ameen...
Tuesday, August 17, 2010
JAHILNYA AKU
Alhamdulillah Allah telah memberi nikmat kepada saya iaitu nikmat dapat menuntut ilmu dengan alim ulama'. Saya pernah berguru dengan Dato'Hamid Tahir, Dato' Fadzil Awang, Syeikh Yusof Ahmad, Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, Dato' Salleh Ahmad, Datin Prof Madya Naemah, Datin Prof Madya Faezah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Hayy Abdul Syukur dan ramai lagi. Inilah nikmat yang begitu besar yang Allah telah kurniakan kepada saya. Saya sentiasa mengambil peluang yang ada untuk menuntut ilmu daripada mereka.
Sekarang saya sudah bergelar pendidik dan pendakwah. Namun saya masih lagi berguru dengan Ust Anuar Jusoh dan Ust Muhammad Ismail. Selain itu saya juga dapat bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Kadang-kadang saya akan menjadi pengiring kepada mereka dan peluang ini saya gunakan untuk menimpa mutiara-mutiara ilmu daripada mereka.
Ahad lepas 15 Ogos 2010, saya berpeluang menemani Ust Abd Rahman Che Soh untuk menyampaikan tazkirah di Masjid Taman Malihah. Sepanjang perjalanan saya dapat mengutip banyak ilmu daripada beliau. Salah satu pengajaran yang saya dapat adalah sifat tawaduk. Beliau begitu tawaduk walaupun mempunyai ilmu yang banyak. Beliau tidak berbangga diri dengan ilmu yang dimiliki di dada.
Justeru, berdamping dan berkawanlah dengan ulama kerana mereka adalah pewaris nabi.

Thursday, August 12, 2010
KULIAH FIQH & KULIAH DHUHA MUSLIMAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Sempena kedatangan bulan Ramadhan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching akan mengadakan Kuliah Fiqh & Kuliah Dhuha Muslimat setiap hari Ahad mulai pada 15 Ogos nanti. Kuliah akan bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Semua muslimin dan muslimat sekitar Bandaraya Kuching dijemput hadir. Bersama-sama kita menghadiri majlis ilmu tersebut.
Wednesday, August 11, 2010
PUASA MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG
Bulan Ramdhan datang lagi. Kedatangan yang sangat-sangat dinantikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah. Kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan dilipat kali gandakan oleh Allah. Amalan sunat mendapat ganjaran wajib manakala amalan wajib dilipat gandakan sehingga 70 kali ganda. Selain itu umat Islam ditawarkan dan dijanjikan bonus berganda iaitu lailatul qadar yang mana pahala beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu malam.
Puasa adalah ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah. Puasa juga boleh melahirkan manusia yang bertaqwa.
Jikalau kita melihat dari aspek pendidikan, puasa mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan hebat. Apabila kita ingin berpuasa keesokan hari maka kita wajib berniat pada malam hari. Mengapaka niat penting? Apabila kita ingin melakukan sesuatu maka kita perlu mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas. Pelajar tidak akan berjaya dalam pelajaran jikalau tidak mempunyai matlamat dan tujuan hidup. Kadang-kadang terdapat pelajar yang tidak tahu apakah tujuan mereka datang ke sekolah. Justeru tidak pelik mereka belajar sambil lewa kerana tidak mempunyai azam dan niat.
Puasa juga mengajar kita berdisiplin. Kita diajar menghargai masa. Jangan ditangguh-tangguhkan kerja. Aapabila masuk waktu berbuka kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Makruh hukumnya kita melewatkan waktu berbuka. Sama keadaannya apabila belajar. Jangan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Guna masa sebaik mungkin. Siapkan kerja rumah tepat pada waktunya. Jangan tunggu hampir dengan peperiksaan baru kelam kabut membaca buku dan mengulang kaji pelajaran.
Selain itu, puasa juga mendidik kita menahan dan melawan kehendak nafsu. Jangan jadikan nafsu sebagai tuhan. Kita mampu dan hendak makan dan minum tapi kita tidak makan dan minum kerana kita patuh kepada perintah Allah. Pelajar ingin bersuka ria dan melepak namun mereka perlu melawan kehendak nafsu. Jangan diturutkan nafsu nanti anda akan lesu. Pelajar ingin tidur, menonton televisyen, melayari internet dan membuang masa bersama-sama kawan-kawan. Ini semua adalah tuntutan nafsu. Maka puasa mengajar kita khususnya pelajar jangan diturutkan nafsu tetapi berusahalah melawannya kerana anda akan mengetahui betapa nikmatnya kejayaan yang diperolehi hasil mujahadah tersebut.
Oleh sebab itu marilah kita berpuasa dalam erti kata yang sebenar. Bukan puasa sekadar tidak makan dan minum sahaja namun yang lebih utama adalah berpuasa mata, telinga, lidah dan anggota badan serta hati daripada melakukan kemungkaran dan maksiat yang dibenci oleh Allah.

Monday, August 9, 2010
CERAMAH AMBANG RAMADHAN @ FAKULTI PERUBATAN UNIMAS
Isteri mengambil gambar mahasiswi selepas selesai ceramah
Mahasiswi mendengar dengan khusyuk ceramah berkisar tentang ramadhan & puasa
Alhamdulillah sebentar tadi saya berkesempatan memberi ceramah ramadhan kepada mahasiswa-mahasiswi Fakulti Perubatan & Kejururawatan UNIMAS. Ceramah diadakan sempena dengan pelancaran Fiesta Ramadhan. Pelbagai program telah diatur sempena dengan kedatangan ramadhan antaranya Qiamullail, iftar jama'ie, tadarus Quran dan kempen membawa Mushaf Al-Quran. Semoga ceramah yang disampaikan memberi kesedaran kepada semua untuk meningkatkan amal sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Sunday, August 8, 2010
FORUM AMBANG RAMADHAN @ MASJID AL-MUHAJIRIN ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
Alhamdulillah semalam 7 Ogos 2010 telah berlangsung Forum Ambang Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Moderator forum adalah Dr Mohd Ridhuan b Mohd Rathi dan ahli panel terdiri daripada Ustaz Yazid Rajali & Ust Azmi b Shaari. Selepas forum selesai ahli-ahli panel, AJK YAM & AJK Masjid Al-Muhajirin menjamu selera di Restoren Seven On Seven. Semoga forum semalam memberi impak yang maksimum kepada semua muslimin & muslimat di sekitar Bandaraya Kuching.
Wednesday, August 4, 2010
PROGRAM MOTIVASI SPM PELAJAR MUSLIM
Alhamdulillah pada hari sabtu lepas 31 Julai, Panitia Pendidikan Islam SMTKu dengan kerjasama R.K Management & Services telah berjaya menganjurkan Program Motivasi SPM Pelajar Muslim. Semoga program tersebut dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi SPM dan kehidupan yang penuh mencabar ini.
Tuesday, August 3, 2010
IHYA RAMADHAN DI KUCHING
Insyaallah sepanjang bulan Ramadhan 1431H Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010 bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Kuliah Fiqh setiap hari Ahad pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, Kuliah Dhuha Muslimat pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/Surau Sekitar Kuching, Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010, Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA dan Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.
Muslimin-muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Para dermawan juga dialu-alukan memberi sumbangan dengan memasuki ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad no 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak.
Sila maklumkan jumlah sumbangan dan masa selepas 'bank in' dengan sms ke no saya 013-3789411 kerana akaun tersebut berpusat di Miri. Justeru pengeluaran wang untuk program di Kuching hendaklah dimaklumkan kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak yang berpusat di Miri.

Monday, August 2, 2010
JAUHI ZINA
Pada jumaat lepas 30 Julai saya begitu terkejut dengan pengakuan jujur 2 orang pelajar saya. Kedua-dua mereka mengaku berulang-ulang kali melakukan zina. Bukan sekali tetapi berulang-ulang kali kerana sudah ketagih. Astagfirullah inilah tanda kecil kiamat. Zina menjadi perkara biasa dalam masyarakat.
Seorang pelajar mengaku berzina dan mengamalkan seks bebas dengan bertukar-tukar pasangan. Dia pernah berzina dengan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan paling tua pasangannya berusia 24 tahun. Lokasi untuk dia memuaskan nafsu secara haram adalah di rumah kawan-kawan ataupun di hotel-hotel murah sekitar Kuching. Saya bertanya kepada beliau :" Kamu ambil duit daripada mana untuk bayar hotel?. Berapa ringgit satu malam?. Dia menjawab :"Murah je ustaz, RM50 sahaja. Setiap kali datang ke sekolah ibu bapa saya bagi wang saku sebanyak RM5. Jadi duit itu saya simpan sikit-sikit. Kadang-kadang emak saya bekalkan makanan kepada saya. Jadi duit tersebut saya tidak guna. Duit itulah yang saya gunakan untuk menyewa hotel.Kadang-kadang teman wanita saya yang membayar sewa hotel. Dia kan sudah bekerja ustaz. Umur 24 tahun. Jadi dia yang belanja saya". Saya mengucap panjang. Terdapat juga perempuan dalam dunia ini yang begitu murah maruah diri sehingga sanggup membayar dan mengeluarkan duit hanya semata-mata untuk nafsunya dipenuhi.
Saya bertanya lagi :" Kamu tidak takut kepada Allah? Kamu tidak takut pegawai pencegas maksiat tangkap kamu?. Dia menjawab lagi : " Erm, takut juga ustaz. Tapi ketagih ustaz. Lagi pun pegawai pencegah maksiat tidak buat serbuan di hotel tersebut kerana lokasinya tersembunyi sedikit. Satu lagi di tingkat bawah dijadikan kedai makan. Bahagian atas sahaja dijadikan hotel. Oleh sebab itu pegawai JAIS tidak akan mensyaki terdapat hotel murah di situ". Saya bertanya lagi :" Kamu tidur di hotel, ibu bapa tidak bising? Mengapa kamu tidak balik tidur di rumah. Kamu tidak takut dia mengandung ke? Ataupun kamu pakai kondom? Dia menjawab dengan penuh bangga tanpa menunjukkan reaksi bersalah :" Saya beritahu ayah saya bahawa saya tidur di rumah kawan. Ayah bukan hendak siasat di mana saya tidur. Saya tidak pakai kondom.Original, ustaz. Tapi saya yakin dia tidak akan mengandung kerana saya pancut di luar". Saya amat-amat sedih. Saya berdoa di dalam hati : "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa pelajar aku. Masukkanlah iman dan hidayah ke dalam hati-hati dan jiwa-jiwa mereka Ya Allah"
Saya bertanya pula kepada seorang pelajar lagi. Kamu berzina di mana? Kamu pun sewa hotel juga ke? Dia menjawab :" Saya tiada duit. Jadi saya berzina di taman-taman bunya je". Saya terfikir inilah akibatnya apabila cetek ilmu agama, iman begitu lemah dan kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa menyebabkan mereka begitu mudah melakukan dosa besar yang terkutuk.
Saya bertanya lagi : " Kamu selalu keluar dengan teman wanita kamu? Dia menjawab : Selalu, saya pergi ambil dia di rumah. Saya bertanya dengan penuh kehairanan : " Mak ayah dia tidak marah kamu? Bawa anak dia keluar jalan-jalan? Dia menjawab : " Mak ayah dia sporting. Mereka anggap saya kawan biasa kepada anak mereka. Jadi bolehlah saya bawa dia keluar" . Inilah masalah utama apabila ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab. Bersifat dayyus dengan tidak menegur kemungkaran yang dilakukan oleh anak. Pengetahuan ibu bapa yang cetek menyebabkan perkara mungkar dianggap tidak salah dan tidak berdosa.
Berdoalah kepada Allah :" Ya Allah tunjukkanlah kepada kami perkara yang hak itu adalah benar. Kurniakan kepada kami hidayah supaya kami mampu melakukannya. Dan tunjukkanlah kepada kami perkara yang batil sebagai yang batil. Mudah-mudahan kami dapat menjauhinya".

Subscribe to:
Posts (Atom)