
Thursday, September 3, 2009
DAKWAH DAN ZIARAH DI MIRI

Saturday, August 1, 2009
HUKUM BERMAIN GOLF

Untuk tatapan semua saya masukkan fatwa bermain golf yang saya ambil daripada blog Prof Dr Kamil, Pengarah Uitm Johor.
Akhirnya, saya menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri Johor berkaitan dengan permainan golf. Lalu saya sampaikan kepada golfer UiTM Johor dan sahabat-sahabat. Saya katakan kepada mereka:
“Majlis Fatwa Negeri Johor telah menghantar salinan minit mesyuarat mereka kepada saya berkaitan dengan permainan golf. Saya mahu tuan-tuan membaca dengan hati yang terbuka, berfikir dan ambillah keputusan sendiri. Masa untuk kita hidup sebenarnya tersangat singkat.
Saya tidak menafikan yang golf adalah satu permainan terbaik yang pernah dicipta oleh manusia.
Bagi mereka yang sudah menunaikan fardhu haji, saya berdoa supaya melihat fatwa ini sebagai sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berbaloikah untuk kita meneruskan sesuatu yang kelihatan sebagai dosa besar yang dilakukan secara berterusan?
Sebagai seorang yang pernah mengajak tuan-tuan berkecimpung dalam permainan ini, saya bertanggungjawab untuk menyampaikan pandangan ini.
Mudah-mudahan Allah memudahkan kehidupan kita di dunia dan akhirat”.
Minit tersebut bertulis Jawi. Puan Sham [PA saya] merumikan tulisan tersebut bagi memudahkan pembaca-pembaca yang buta atau merangkak jawi.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA KALI KE 192 BIL. 11/2008MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHORTARIKH: 3 MUHARRAM 1430H BERSAMAAN 31 DISEMBER 2008
4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA
4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf(JMJ.351/05/(ML)/6)
4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka JawatankuasaFatwa mengambil keputusan seperti berikut:
Berhubung dengan permainan Pool yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yang ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yang mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian walaupun jumlahnya sedikit.
Manakala permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat atau seumpamanya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram.
Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dengan taubat nasuha dengan segera.
Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Tidak ada unsur perjudian. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:
a) Sama ada ia suatu permainan yang menggunakan wang taruhan daripada peserta, ataub) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yang menang akan memperolehi sesuatu daripada yang kalah, atauc) Sesuatu bentuk permianan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, ataud) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yang akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sesuatu pertandingan, ataue) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua kebarangkalian (risiko) yakni sama ada mendapat keuntungan ataupun kerugian. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta-peserta lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yang dikeluarkan.
Perhatian: Di zaman sekarang pertaruhan dikutip melalui cara yang kadang-kadang tidak disedari oleh para peserta pertandingan. Antaranya ialah dengan menggunakan istilah-istilah lain seperti: “Wang Penyertaan”, “Yuran Pertandingan” dan sebagainya kecuali wang penyertaan itu digunakan untuk pengurusan bukan hadiah. Atau kadangkala ianya dikutip secara tidak langsung, seperti melalui bayaran panggilan telefon yang digunakan bagi peserta yang berminat untuk menyertai sesuatu pertandingan.
Didalam semua keadaan diatas, jika pada hakikatnya hadiah yang disediakan adalah dari sumber yang dikeluarkan oleh peserta, maka ianya adalah dikira sebagai suatu perjudian.
2. Permainan golf itu tidak menghalang daripada mengingati Allah dan menunaikan Solat.
Semua jenis permainan dan pertandingan, walaupun melibatkan hadiah, adalah harus dan dibenarkan apabila ianya memenuhi syarat-syarat berikut:
Wallahualam Bisawab
Wednesday, May 27, 2009
AYUH BANGUNLAH WAHAI USTAZ

SAYA PULAKalau saya mampu. Saya nak buat banyak benda. Saya nak ajar masyarakat. Saya nak ada consultant. Saya nak ada tempat program saya sendiri macam Rimba Taqwa. Saya nak ajar feqah, tauhid dan apa sahaja. Saya nak guna kitab besar. Namun saya tak mampu. Saya tetap terus belajar hingga hari ini. Nak tambah ilmu. Namun ustaz yang balik jauh-jauh masih berselimut. Dah ada bini cantik. Dah jadi penjawat awam. Terus bergomol di rumah. Ustaz, Masyarakat perlukan ustaz. Kami yang tak ada ilmu ni tak ada apa yang boleh beri pada masyarakat. Kami cuma ada semangat. Ayuh Ustaz. Janganlah berselimut.TEGURAN INITerimalah teguran ini ustaz. Saya seorang manusia kecil. Tak layak dipanggil pendakwah. Terbukalah ustaz. Janganlah kerana seorang anak muda tegur ustaz. Ustaz tenyeh dia hingga tersembam tak dapat bangun lagi. Ustaz punahkan idea dia, semangat dia, kepimpinan dia. Sayang, dia orang muda. Idea dia segar, harapannya tinggi, semangatnya waja. Namun dah kecut. Dah mati. Semangatnya padam. Jiwanya mati. Segalanya dah terkubur. Siapa yang lakukan. Ustaz yang balik jauh . Ustaz yang masih berselimut. Bangunlah.PENJAWAT AWAM.Janganlah para ustaz gunakan alasan penjawat awam sebagai halangan untuk berdakwah. Saya bukan suruh ustaz berpolitik.
Dipetik daripada ustaznazmi.blogspot.com
Wednesday, May 13, 2009
CABARAN SEORANG USTAZ (BAHAGIAN 2)

Saya menjawab : ”tak boleh pakai seluar pendek, berdosa”. Dia menjawab : ”biasalah ustaz, bersukan, mesti ada semangat kesukanan. Saya bertegas :”tak boleh walaupun bersukan, ratu pecut Sukan Asia pun menutup aurat. Boleh menang. Ni hanya sukan peringkat sekolah dah bagi alasan tak selesa, tak boleh menang kalau menutup aurat. Semangat kesukanan konon. Ratu pecut Sukan Asia 2006 tu tak ada semangat kesukanan ke?
Kakak tadi masih cuba menjawab :”biasalah ustaz, budak-budak lagi”. Kali ini peluang keemasan kepada saya untuk mematahkan hujah beliau. ” Budak-budaklah kita kena tegur, nasihat. Kalau dah besar, susah. Nak lentur buluh mesti semasa rebung, bila dah jadi buluh memang tak dapat dilentur lagi. Saya berhujah dalam suasana muhibbah. Senyum-senyum saja supaya beliau tidak kecil hati. Saya mesti berhikmah dengan beliau dan saya juga menghormati beliau sebagai seorang kakak yang lebih tua daripada saya. Itulah keindahan Islam bukan hanya terletak kepada kebenaran dan kekuatan hujah tetapi pendakwah juga mesti menunjukkan akhlak yang mulia.
Beliau terdiam. Saya harap beliau insaf dan sedar tentang kewajipan menutup aurat dan tugas ustaz untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar.
Keesokannya, seorang ibu bapa yang kononnya bijak tetapi hakikatnya tidak bijak(bahasa sopan) telah menelefon pihak pentadbir. Ibu bapa tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan saya ke atas anak mereka. Bagi mereka saya telah melanggar hak asasi manusia, kebebasan manusia berpakaian. Saya sudah menjangkakan dari awal lagi setelah melihat reaksi pelajar pada hari tersebut. Mereka memang akan mengadu kepada ibu bapa mereka. Mereka memang tidak mengakui kesilapan mereka.
Saya telah dipersalahkan. Saya pasrah tapi bukan mengaku kalah. Syariat Islam mesti didaulatkan. Pantang pendakwah mengaku kalah hanya dengan sedikit cabaran yang mendatang. Saya menjadikan sirah perjuangan rasul-rasul sebagai semangat dan motivasi kepada saya. Hadith Rasulullah SAW menjadikan saya semakin berani. Hadith tersebut bermaksud : ” berkatalah benar walaupun pahit”
Saya harus berani tetapi berani bodoh.Saya harus bijak mengatasi masalah ini. Saya harus bertenang dan tidak cepat panik. Saya yakin Allah sentiasa bersama-sama saya. Sekali lagi ayat Al-Quran menjadi penenang jiwa saya. Ayat tersebut bermaksud : jangan kamu takut dan sedih kerana sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.
Kalau sebelum ini saya berhadapan dengan pelajar tetapi cabaran lebih getir akan menanti saya. Kali ini saya akan berhadapan dengan pentadbir dan ibu bapa yang memang tidak memahami Islam(bahasa lembut). Justeru ayat Al-Quran dan Hadis yang akan saya gunakan sebagai sandaran ketika berhujah akan ditolak mentah-mentah oleh mereka .
Kali ini juga saya berhadapan dengan golongan yang kononnya ”berpendidikan”. Justeru saya perlu berhujah secara ilmiah bukan secara emosi. Saya perlu buktikan tindakan saya adalah berdasarkan rasional bukan emosional.
Alhamdulillah Allah mengilhamkan kepada saya. Saya teringat kepada Prof Dr Aziz Bari, Pensyarah UIAM. Beliau adalah pakar Perlembagaan Malaysia. Tulisan beliau di dalam Majalah I terbitan Karangkraf ketika membincangkan dan mengulas mengenai Perlembagaan Malaysia menjadi sandaran hujah saya pada kali ini.
Artikel 160 secara jelas mendefinisikan MELAYU sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Ini disini terdapat 2 isi penting yang boleh diketengahkan.
Orang MELAYU mesti beragama Islam. Sifat dan kewajipan ke atas setiap orang Islam adalah menutup aurat. Justeru memakai seluar pendek ketika bersukan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
Kedua, orang Melayu mesti mengamalkan adat Melayu. Memakai seluar pendek bukan adat Melayu. Ia adalah tindakan menyalahi adab kesopanan sebagai gadis Melayu. Justeru sekali lagi memakai seluar pendek bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Artikel 3 pula mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi. Justeru Islam perlu dihormati dan diamalkan. Jikalau memakai seluar pendek dibenarkan nescaya kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak mempunyai apa-apa maksud lagi.
Artikel 11 (4) pula menyebut kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam. Salah satu dakyah agama lain adalah memakai pakaian seksi dan mendedahkan aurat. Justeru dakyah ini perlu dibendung dan dibanteras. Justeru saya mengambil tindakan kepada pelajar perempuan yang memakai seluar pendek adalah tidak salah dan memang bertetapan dengan Artikel 11 (4) kerana menyekat dakyat agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam .
Selain itu, tindakan saya adalah selaras dengan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Mendedahkan aurat adalah bertentangan dengan konsep Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun Negara wajar dihayati oleh semua warganegara lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sentiasa melafazkannya setiap minggu iaitu pada Perhimpunan Mingguan Sekolah.
Saya tidak tahu samada mereka berpuas hati dengan hujah-hujah saya tadi. Namun apa-apa pun saya berserah dan bertawakal kepada Allah. Saya sedar tugas saya hanyalah memberi peringatan dan nasihat namun hati-hati mereka adalah milik Allah. Justeru saya berdoa supaya Allah membuka hati mereka dan mengurniakan hidayah kepada mereka .
Saya juga sedar saya perlu menjadi al-hudur al-muassir(kehadiran yang memberi kesan) seperti yang dijelaskan oleh Prof Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili ataupun menjadi umat nukleus seperti yang diungkapkan oleh Prof HAMKA ketika mentafsirkan ayat ummatan wasata. Kehadiran saya di sekolah perlu memberi kesan kepada pelajr dan warga sekolah. Saya tidak harus menjadi seperti melukut di tepi gantung, ada tidak menyebabkan bertambah dan tiadanya tidak menyebabkan berkurang.
Saya berpegang kepada falsafah jikalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai, jikalau takut kepada cabaran janganlah memilih ustaz sebagai profesion. Tetapi bukanlah bermaksud kita membiarkan berlaku cabaran sahaja tetapi hendaklah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menghadapi cabaran tersebut. Jikalau dicampakkan ke laut menjadi pulau dan jikalau dicampakkan ke daratan menjadi bukit. Itulah hakikat kewujudan saya di sekolah. Saya harus mempunyai jiwa besar walaupun berbadan kecil.
Sunday, May 10, 2009
CABARAN SEORANG USTAZ (BAHAGIAN 1)

Alhamdulillah sukan tahunan sekolah dapat diadakan dengan jayanya. Namun saya sangat sedih apabila dimaklumkan ramai pelajar perempuan muslim membuka tudung dan berseluar pendek semasa hari sukan sekolah yang diadakan di stadium pada 30 April yang lepas. Semua ustaz dan ustazah tidak berada di stadium pada hari tersebut. Saya berkursus di KL, Ustaz Norhisyam menjadi guru pengiring untuk Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba dan Ustazah Azlina pula bercuti.
Hari Selasa lepas selepas perhimpunan saya memanggil semua pelajar perempuan Muslim berkumpul di surau. Satu sesi khas perlu saya jalankan supaya dapat memberi pengajaran kepada semua. Tindakan saya ini berdasarkan perbincangan dengan PK Hem. Beliau banyak membantu saya berkaitan hal agama di sekolah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik beliau.
Saya mulakan sesi pagi itu dengan memetik ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang berkaitan dengan aurat. Namun saya melihat reaksi mereka, mereka masih menganggap perbuatan memakai seluar pendek adalah tidak salah. Itu adalah hak mereka. Saya tidak boleh mencampuri persoalan peribadi mereka. Justeru saya perlu berhujah menggunakan logik akal pula.
Saya tidak cepat melatah dan menghukum pelajar-pelajar tersebut. Saya cuba memahami mereka. Saya berdialog dengan mereka. Saya ingin tahu apakah sebab mereka memakai seluar pendek. Ini adalah uslub dakwah yang telah diajar dan amalkan oleh Rasulullah SAW.
Saya bertanya kepada mereka :” Kenak kitak pakai seluar pendek? Salah sik pakai seluar pendek semasa berlari? Seorang pelajar menjawab: ” Kamek sik selesa pakai panjang. Ganggu kamek berlari”. Hampir semua pelajar memberi alasan yang sama. Saya cuba bertenang. Masya-Allah pelajar-pelajar saya masih jahil dan tidak memahami syariat. Mereka melakukan dosa disebabkan kejahilan.
Saya cuba memberi penjelasan.” Kitak tahu sape yang ciptakan bumi dan matahari?. Mereka menjawab :” Mestilah Allah”. Berapa jarak antara bumi dan matahari?. Mestilah jauh tapi kami tak ingat berapa jauhnya. Saya bertanya lagi :” Boleh sik kalau Allah dekatkan bumi dengan matahari. Apa akan jadi kepada bumi dan penghuni bumi? Mereka menjawab : “ Sik boleh. Bumi akan menjadi panas. Penghuni bumi akan kepanasan. Mungkin mereka akan mati”. Mendengar jawapan mereka saya cuba mengaitkan contoh tadi dengan isu aurat.” Allah adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Allah tahu apakah pakaian yang sesuai dengan perempuan. Apa akan jadi jikalau perempuan mendedahkan aurat dan berpakaian seksi. Syariat dan Sunnatullah adalah untuk kebaikan manusia”.
Saya cuba memberi contoh yang kedua. “ Kamu tahu manusia yang menciptakan kereta. Kereta hanya boleh bergerak apabila diisi dengan minyak. Boleh sik kereta bergerak jikalau diisi dengan air? Mereka menjawab : Sik boleh, kereta akan rosak jikalau diisi dengan air. Saya menambah : ” Manusia tahu tentang kereta kerana manusia yang menciptakan kereta. Begitulah Allah yang menciptakan manusia. Allah tahu apa yang baik untuk manusia dan apa yang tidak baik untuk mereka. Berpakaian seksi tidak baik kepada perempuan.
Mereka cuba menjawab. Mereka masih tidak berpuas hati dengan perbandingan yang saya berikan. ” Kami tahu tentang persoalan aurat. Memang bersalah berpakaian seksi. Tapi masalahnya adalah dalam keadaan bersukan, berlari. Macamana kami nak berlari jikalau kami bertudung dan berseluar panjang?
Seorang pelajar menjawab :” Ustaz nak kami pakai jubah ke ketika kami berlari? Mereka penuh yakin berdebat dengan saya. Mereka yakin dengan tindakan mereka. Mereka tidak bersalah. Saya yang bersalah pada anggapan mereka. Masya-Allah mereka sanggup mempersendakan syariat Islam.
”Kamu tahu Islam sesuai diamalkan pada setiap masa dan tempat? Saya bertanya kepada mereka. Mereka diam. Saya membacakan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
Saya melihat raut wajah mereka. Mereka masih tidak berpuas dengan hujah-hujah saya. Mungkin iman mereka lemah, ayat Al-Quran tersebut tidak memberi kesan kepada jiwa-jiwa mereka.
Saya cuba memberi contoh semasa. Kamu kenal Ruqayya, pelari pecut dari negara Bahrain? Mereka menjawab : Kamek sik kenal. Ini peluang kepada saya untuk meruntuhkan ego mereka. Walaupun mereka perempuan tetapi ego mereka begitu tinggi. Saya lantas menjawab : Memang kamu tak tahu. Kamu malas membaca. Buku pelajaran pun tak baca, inikan pula surat khabar ataupun majalah.
Ruqayya adalah ratu pecut sukan Asia yang telah diadakan di Doha pada tahun 2006. Beliau memenangi pingat emas an Asia Dohaak baca, inikan pula surat khabar wa mereka. aik untuk mereka. eka. walaupun beliau memakai seluar panjang dan bertudung. Mereka masih tidak berpuas hati. Ok, ustaz akan tunjukkan gambar Ruqayya kepada kamu. Saya berjanji kepada mereka.
Sekarang kamu mengaku kamu semua bersalah?Mereka keberatan menjawab, hanya sebilangan kecil yang menjawab : ” Kami bersalah”. “ Setiap kesalahan mesti ada hukuman. Betul tak? Saya bertanya kepada mereka. “ Ustaz nak rotan kamu. Berapa kali kamu nak? Sebahagian mereka menjawab : “ Sekali cukuplah ustaz.
Saya tahu merotan pelajar perempuan adalah satu kesalahan berdasarkan pekeliling tahun 1959. Saya masih ingat kerana adalah saya adalah pengerusi majlis ketika sesi perkembangan staf pada masa itu. Namun saya cuba kuatkan semangat kerana merotan adalah salah satu bentuk pendidikan berdasarkan Islam, tidak salah merotan perempuan. Saya pun telah menyatakan sikap saya terhadap pekeliling tersebut semasa sesi perkembangan staf.
Justeru sebelum merotan pelajar sebagai langkah selamat,saya membacakan ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah berkaitan hukuman merotan. Saya berharap pelajar akan faham. Saya juga menegaskan tentang syarat-syarat merotan yang telah digariskan oleh Islam. Saya juga menyebut kepada pelajar-pelajar : “ ustaz merotan kamu kerana ustaz sayangkan kamu. Ustaz tak nak kamu terpesong jauh. Bukan ustaz bencikan kamu”. Saya pasrah kepada Allah kerana tindakan saya tidak bercanggah dengan syariat walaupun bercanggah dengan pekeliling yang sudah ketinggalan zaman itu. Lagipun saya sudah pesan sebelum sukan supaya mereka menutup aurat tetapi mereka masih berdegil. Justeru merotan memang patut dikenakan kerana mereka sengaja mencabar syariat Allah. Dalam kelas pun sudah berkali-kali saya bercakap soal aurat.
Selepas merotan di tapak tangan, saya meminta mereka bertaubat. “ Ustaz minta kamu berjanji tidak akan pakai seluar pendek. Mereka menjawab : Apa hak ustaz paksa kami? Mana boleh paksa-paksa. Nanti kami nak berubah, kami berubahlah. Masya-Allah pelajar saya begitu biadab. Tidak sedar dengan siapa mereka bercakap. Saya cuba bersabar dan mengawal perasaan marah. Hukuman rotan masih tidak mampu merubah sikap mereka. Saya sedikit terkilan dan sedih. Namun sepotong ayat al-Quran telah memberi kekuatan kepada saya. Ayat Al-Quran tersebut bermaksud : kamu wahai Muhammad tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai namun Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya”.
”Kamu tahu bertaubat adalah wajib. Wajib disegerakan. Tak boleh bertangguh-tangguh. Apabila kamu menjadi penganut Islam, kamu wajib patuh kepada syariat Islam. Contoh kamu sebagai pelajar SMTKu, kamu wajib mematuhi peraturan sekolah ini. Kami sebagai cikgu boleh paksa kamu. Tetapi jikalau kamu bukan pelajar sekolah ini memang kami tiada hak memaksa kamu. Begitulah juga jikalau kamu bukan Islam, memang ustaz tidak boleh paksa kamu. Tetapi sekarang kamu adalah muslim, umat Islam”
Mereka masih tidak menunjukkan sifat bahawa mereka sudah bertaubat. Jadi untuk menutup sesi khas pada pagi itu saya mengajak semua pelajar berdoa. Saya memanjatkan doa kepada Allah. Saya berdoa dalam Bahasa Melayu supaya mereka faham isi doa saya. Ada sebilangan mereka menangis kerana menghayati doa yang saya panjatkan kepada Allah. Namun masih terdapat pelajar yang masih tinggi ego mereka.
Selepas berdoa, saya meminta semua pelajar bersalaman dengan guru-guru perempuan muslim dan bersurai selepas itu. Namun terdapat pelajar yang masih lagi sombong dan ego. Mereka terus masuk ke dalam kelas tanpa bersalaman dengan guru-guru.
Inilah realiti dan cabaran mengajar di sekolah yang keputusan Pendidikan Islam SPM 2008, kedua tercorot antara sekolah-sekolah teknik seluruh Malaysia. Mereka tergolong dalam kategori “tidak tahu bahawa tidak tahu”(bahasa lembut, bahasa kasar bodoh sombong). Mereka tidak sedar mereka jahil justeru mereka sanggup berdebat dengan saya.
Nantikan cabaran yang menanti saya selepas ini pada bahagian kedua.
Wednesday, May 6, 2009
4 HARI DI BANDARAYA KUALA LUMPUR

Kami juga diingatkan supaya tugas tersebut jangan dianggap sebagai satu beban sehingga menggugat ketenteraman dan kebahagian rumah tangga. Pihak penganjur juga meminta kami yang terpilih nanti supaya sanggup berkorban masa cuti dan sebagainya demi tugas dan masa depan anak bangsa.
Pada sebelah petang saya dan rakan-rakan sempat meninjau bandaraya Kuala Lumpur. Masya-Allah begitu sibuk, jalanraya tidak pernah lengang dengan kenderaan. Namun yang kami sangat sedih dan kecewa jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib masih dipenuhi dengan aktiviti pelacuran. Tidak tahu dimana silapnya. Walaupun operasi sering dijalankan oleh pihak berkuasa tetapi aktiviti tidak bermoral ini bergiat aktif. Kawan saya mendapat pelawaan daripada seorang bapa ayam :”You mau main game ke? Muda-muda pun ada. You pilih mau China, Indon semua ada. You cakap aje”. Inilah gambaran aktiviti persundalan di Lorong Haji Taib. Saya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib supaya turun padang untuk meninjau keadaan tempat-tempat tersebut. Slogon beliau, Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan perlu direalisasikan.
Kesempatan berada di Kuala Lumpur juga digunakan untuk bertemu dengan rakan karib yang sedang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran PhD di Universiti Malaya dalam bidang Hadith. Beliau sebaya dengan saya, belajar bersama-sama di Maahad Mahmud, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri dan juga UM,Kuala Lumpur. Namun berkat ketabahan, beliau telah mendapat Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI) untuk menyambung PhD. Beliau begitu nekad menolak semua tawaran pekerjaan semata-mata minat dan cita-cita untuk mendapat PhD pada usia yang muda. Saya begitu dengan kagum beliau.
Walaupun pertemuan kami hanya sekejap namun saya begitu teruja dengan pertemuaan tersebut. Saya telah dapat memiliki buku yang telah menjadi idaman saya sebelum ini. Saya telah memesan kepada beliau supaya membelikan beberapa buah buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Antara buku yang berjaya saya miliki ialah Rindu Bau Pohon Tin, Bercinta Sampai ke Syurga dan Bidadari Dari Timur. Saya berterima kasih kepada beliau kerana sanggup bersusah payah membelikan buku-buku tersebut kepada saya.
Saya begitu dengan buku-buku tersebut. Waalupun sibuk dengan kursus namun saya menggunakan waktu lapang pada sebelah petang dan malam untuk membaca buku Rindu Bau Pohon Tin. Berkat kesungguhan saya mampu menghabiskan buku tersebut semasa di Kuala Lumpur lagi. Alhamdulillah.
Saya mengajak sahabat-sahabat budayakanlah membaca dalam hidup kita. Insyaallah kita akan mendapat pelabagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang baru berkat daripada pembacaan buku. Jadikan buku sebagai teman hidup anda.
Thursday, April 23, 2009
BAHANA MENJADIKAN NAFSU DAN SYAITAN SEBAGAI TUHAN


SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.
Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.
Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.
Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.
“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. “Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.
Ulasan saya
Hanya iman yang dapat mengawal manusia daripada melakukan perbuatan terkutuk. Iblis sentiasa menggoda manusia untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Manusia yang menjadikan iblis sebagai tuhan akan tewas dengan ujian dunia.
Selain peraturan syarak seperti batas pergaulan lelaki dan perempuan dan menutup aurat merupakan cara untuk mengatasi masalah ini. Justeru marilah kita kembali menghayati dan mengamalkan Islam nescaya kita akan selamat .